Monday, January 17, 2011

Cream Cheese Butter Cake

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hai terasa lama tak bersiaran...rindu rasanya. Ini bukanlah di sengajakan, tapi line tenet yg terlalu slow membuatkan mood berblogging ni kureng sikit. Oklah, kek ni saya buat hari jumaat lepas...ada lagi kat peti ais tuuu...kek ni sedap tapi bila dah letak dlm peti ais tu, biasalah..hampir terlupa nak memakannya.Resepi asal adalah dari Sue Denmark dan saya C&P dari Kak Ummi. Terima kasih kepada penyumbang resepi...saya kongsikan resepinya di sini pula ya..



BAHAN-BAHANNYA: (guna loyang bulat 9 inci)
  • 200 gm butter
  • 200 gm cream cheese
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 1 s/t baking powder
CARA-CARANYA:
  1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
  2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
  3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

15 comments:

  1. salam kakak yati
    kek tu mmg mengiurkan...rasa dah lalu je kat tekak saya ni...

    ReplyDelete
  2. sedap ya yati..sudah pasti akak akan cuba..sebab apa??..sebab ada cheese..hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam kak..sedapnya makan kek petang2 yg sejuk ni..mintak 2 keping kak..hihihi cantik jer kek tu,geram pun ada..isk!

    ReplyDelete
  4. salam.. kita ada tag awk.. jemput2 la ke rumah sy ye ;)

    ReplyDelete
  5. salam yatie,
    nak kek!! rasa macam nak makan keklah nampak kek yatie ni..

    ReplyDelete
  6. sabar-sabar efa anda puasa..uhuk sedapnya...tetiba jd lapar huhu

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie

    tergodanya nengok Cream Cheese Butter Cake kak yatie.... mesti sdap...

    ReplyDelete
  8. Oooh...suka ini. Tengoknya agak mudah buatnya. Thanks very much for sharing this lovely recipe. I have bookmarked it to try some day. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  9. salam kak atie..
    Mesti sedap kek ni kan..klu ada cream cheese bertambah2 sedap..nampak gebu gitu..insyallah mesti try nih..

    ReplyDelete
  10. wow..nmpk sungguh gebusss..nakkk

    ReplyDelete
  11. salam kak, sedapnya kek ni kak nampak gebus...nanti boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  12. kak yatie....sedapp la kek tu....terliur ni..nak sikitt...

    ReplyDelete
  13. Salam..saya sudah cuba kek ini dan telah share dgn kawan2 saya..memang menjadi dan sedap..ramai yang suka. TERIMA KASIH kerana berkongsi rersepi dan semoga dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  14. Assalam..nk tya kalau tepung gandum diganti dengan tepung naik sendiri/tepng kek boleh tak?

    ReplyDelete
  15. ada tak resepi yang sama tapi guna sukatan cawan? Saya nie kalau bab menimbang bukannya tak suka...tapi macam tak confident ketepatannya. Bimbang kek x jadi nanti. TQ

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails