Sunday, January 2, 2011

Sosej Roll

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya buat sosej roll. Anak2 memang suka makan sosej...kdg2 tu di makan gitew je. Kali ni saya merajinkan diri menguli tepung utk di buat sosej roll mcm Mat Gebu tu. Saya uli guna tangan je...lagi pun bukanlah banyak sangat, setakat 2 cwn tpng tu, bolehlah menguli lagi...kalau dah berkilo2, nampaknya kenalah sambar BM juga. Seperti biasa, kalau resepi roti ni saya rujuk kat Mat Gebu je...ramai juga kawan2 blogger masakan yg pakar dlm membuat roti ni...kawan2 bolehlah singgah di rumah blog masakan yg lain ya...semuanya mmg best. Oklah anak saya dah memanggil utk makan sosej roll lagi ni, sblm tu kita C&P resepi dari Mat Gebu dulu ya...terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...nmpk gaya azam thn baru ni nak merajinkan diri membuat pelbagai roti lagilah...tungguuuuuu..(berangan je lebih....hehehehe...)



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 14 batang sosej "Ayamas"
  • Bijan untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)

2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

10 comments:

  1. Assalam Kak Yatie,
    wah gebusnya roti akak ni...geram nengok...bila la nieza nk start meroti ni...azam nk buat dah ada tapi mood nk buat tak dak lagi...hehe

    ReplyDelete
  2. gebusssnya roti tu, rajin kak yati meroti....

    ReplyDelete
  3. memang gebu tul kak yatie roti tu..lama da tak meroti nihkena asah bakat menguli balik neh..hahaa

    ReplyDelete
  4. salam yatie, k.nor pun buat roti sosej gak! hehe tp yg akak punya gelap atas tu.. tp dah licin pong hehe

    ReplyDelete
  5. Assalam yatie,wah ade roti sosej dah lama sy tak meroti angin R belum datang,selamat menyambut tahun baru

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie,
    selamat tahun baru. Wah cantik betul roti sosej tu. Jeles akak tengok, yatie ni kalau buat apa2 menjadi je ngan cantiknya. akak tak pernah meroti lagi sebab malas nak menguli tu

    ReplyDelete
  7. Sedap ni buat minum petang..hehe...

    ReplyDelete
  8. Slm kak Yatie..
    Selamat tahun baru..Akak ni mmg rajin betullah..Naz kalau bab roti meroti ni lambat sikit rajinnya sbb bm dah rosak..hehehe..

    ReplyDelete
  9. salam kak.... teringin nak wat roti sejuk2 nih... tp yg tak tahan bab nk nunggu naik tuh...smlm wat pizza jd bantat! hahahahaha.... tp sbb lapo abies juga! hihihi

    ReplyDelete
  10. salam...cantik gulung roti sekata je..saya penah buat sekali tp gulungnya herot pekot cam tangan org kidal je..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails