Saturday, January 15, 2011

Ayam Masak Asam

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan sentiasa ceria di petang sabtu ni. Hari ni anak2 cuti sklh, jadi saya masak lambat sikit...biasalah pagi2 dah sarapan mee goreng....mamanya masaklah lewat sikit. Dalam pada kelewatan di dapur, saya pun masak menu yg ringkas tetapi amat menyelerakan. Ini adalah hasil skodeng di dapur teman di S'pore iaitu Ayu yg mmng pakar memasak tu. Kalau singgah rumah Ayu, bnyk menu2 yg menambat selera dan tak sabar ingin mencubanya. Resepi asal dari Mrs-Noor@Myr dan saya kopipes dari Ayu. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni...



Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam-(Saya guna 1 ekor jadi bahan2 rempah digandakan)
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji bawang kecil
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • 10 biji cili api-dibelah 2 tapi tak putus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • sedikit air -saya tambah
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Ayam dipotong sederhana besar & goreng hingga kekuningan(jangan terlalu garing)(saya gaulkan dengan sedikit garam & kunyit).
  2. Tumbuk bahan bertanda* dan tumis bersama serai hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, air asam & ayam(saya tambah air lagi sikit).
  4. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Masak hingga kuah agak pekat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

12 comments:

  1. salam kak yatie, simple pun sodap!hehe...btw enjoy your weekend..:)

    ReplyDelete
  2. kak yatie...sedap nyer nmpk masak ayam cam ni..kalau letak serai lebih sikit lagi wangi kot kan...nak try nak try...

    ReplyDelete
  3. kak yatie, mas selalu masak ayam masak asam ni, kekadang tukar ngan ikan..memang sedappp..

    ReplyDelete
  4. sedapnye.
    teringin nak makan mak masak~

    ReplyDelete
  5. Nak try lah nanti, selalu masak guna ikan, tak tau ayam pun boleh buat jgk...

    ReplyDelete
  6. dapat agak rasa ayam masak asam ni..pastinya sedap..serai tu membangkitkan bau dan rasanya.Salam hujung minggu:)

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie :D

    menggoda seh ayam msk asam.. blm pernah dgr atau msk.. kalau ikan ada lah. Sedap tak Yatie?

    ReplyDelete
  8. kalau makan ngan nasi himpit ni pasti sedap kan

    ReplyDelete
  9. wahh menarik nih! suker klu ader rasa2 masam.. leh masuk list!

    ReplyDelete
  10. salam yatie,
    sorry kita datang lamabt..maklumlah hujung minggu tak boleh depan pc...hehe..lauk ayam asam ni mesti dah habis..heheh..thanks yatie, sudi cuba..alahai recipe pun orang punya..kita kalau tak ada recipe memang tak jadi punya..haha..

    ReplyDelete
  11. slm..

    akak mintak izin mau share resipi yer..tq..

    melelh air liur tgk..sb posa..hu2..

    ReplyDelete
  12. meme sedap ayam masak asam ni...mak org slalu buat dari org kecik2 ag..da bebelas taun makan xjemu pon..sedap....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails