Sunday, October 31, 2010

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Inilah menu petang kami sekeluarga iaitu bubur pulut hitam bersama kacang merah. Biasanya saya masak pulut hitam saja, kali ini saya ikut resepi mak saya iaitu pulut hitam di campur bersama kacang merah. Ternyata memang sedap. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah cuba sendiri...jom kita lihat bahan2nya.


Bahan-Bahan
  • 1 cawan kacang merah - rendam 4 jam
  • 1 cawan pulut hitam- rendam 4 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng merah dan pulut hitam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Rebus kacang merah dan pulut hitam bersama air dan garam secara berasingan, masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dlm setiap periuk (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang merah dan pulut hitam sudah empuk, campurkan keduanya menjadi satu periuk.
  3. Masukkan gula pasir kemudian masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.

7 comments:

  1. salam yatie,datang nak ambik bubur satu mangkuk..best ni.apa lagi makan org punya kan..kan..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam.. Kak Yatie, sedapnya bubur pulut hitam. Nur suka bila dah dimasukkan dalam peti sejuk.. terliur dibuatnya... yummy...

    ReplyDelete
  3. aduhh kak dah lama betul tak buat bubur pulut hitam ni.. campur kacang merah pulak... hmmmmm

    ReplyDelete
  4. salam kak,,datang nak ngendeng bubur 2 mangkuk...ada lagi ke....

    ReplyDelete
  5. wah resepi baru ni...yatie..kacang merah mmg sedap kalau boh dlm abc.. kalu dlm bubur ni lagi enak laaa yaaa...

    ReplyDelete
  6. Pulut hitam ni ada yg jenis kurang kanji tu x sedap, nk beli pun kira nasiblah kan...

    ReplyDelete
  7. tried your recipe. it's delicious. thanks a lot

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails