Tuesday, March 12, 2013

Daging Palembang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Daging Palembang yg sangat sedap, dahlah sedap...mudah pulak tu menyediakannya. Daging ni saya masak masa hari minggu lepas. Macam biasalah, kalau masak lauk daging mesti kena masak lauk lain sbb anak saya Hamka dan Dina tu mmng tak suka lauk daging. Kalau masak daging je diaorang mmng tak selera. Tapi takpelah, kali ni mamanya masak ikut selera sendiri tapi selera suami dan anak2 tetap tidak di abaikan. Lauk sampingan saya masaklah ayam goreng kunyit bersama kacang buncis...kira semuanya berseleralah.

Ramai juga kawan2 yg dah mencubanya, antaranya Amie, K.Madihah, K.Ummi dan Zaliedana. Semuanya kata sedap sangat....kawan2 yg lain tu bila lagi nak mencubanya. Kalau teringin nak merasa tu cubalah sendiri ya...mmng sedap sangat. Terima kasih juga pada penyumbang resepi Kak Maria Hakem. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan:
  • 700 gm daging - potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai - dititik
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
  • minyak utk menumis
Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar
Bahan Tumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.

11 comments:

  1. as salam yatie...nampak je dah tahu sedap hehe.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap resepi ni. Saya akan cuba nanti, InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. dah ramai yg cuba resepi kak Maria ni mesti sedap bangat ni kan Yatie..

    ReplyDelete
  4. wahh.. nampak sedap! tak sabar nak try resepi nih... penah makan, tapi belum penah try masak sendiri..he3

    ReplyDelete
  5. As'salam Yatie, dari FB tengok dah suka. Nanti kak ct nak cuba ganti ayam maklumlah daging ni 2-3 minggu sekali baru masak. bergantung jugalah, sebab anak2 lebih gemar ayam dari daging hehehe. terima kasih Yatie berkongsi resipi ya :)

    ReplyDelete
  6. Tadi tgok kat umah mas ada gak lauk ni.aish xleh jadi nih

    ReplyDelete
  7. kak..biasa ketemu daging masak palembang kat tempat kenduri..enak mbanget,lagi2 kali dagingnya amoh dicokot..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah .. Sedappp masakan ni sy dah cuba semalam.. Tq for sharing yaa..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails