Monday, October 4, 2010

Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak ikan lemak cili api. Sejak balik Msia ni, berselera nak makan lauk ikan...maklumlah masa kat US susah nak dpt ikan yg kena dngn tekak kita. Asyik lauk ayam dan daging je. Oklah hari ni saya masak simple je tetapi sedap sangat pada tekak saya dan juga keluarga. Rasanya ramai kawan2 di luar sana yg tahu masak lemak cili api ni. Di sini saya letak juga resepi yg saya masak...saya lebih suka ikan tu, di goreng dahulu...terpulanglah pada selera masing2 ya.



BAHAN-BAHANNYA
  • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan secubit gula
  • 15 btng cili padi *
  • 1 inci kunyit hidup tua*(*di tumbuk)
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 biji tomato hijau- di belah 4
  • 6 btng bendi
CARA-CARA
  1. Ikan di belah 2, cuci bersih dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sebentar...angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan serai titik dan bahan tumbuk halus ke dalam periuk.
  3. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih,
  4. Tuang santan cair dan gaul sehingga mendidih. Masukkan bendi.
  5. Masak hingga bendi lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula.
  6. Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
  7. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan tomato. Biarkan mendidih sebentar.
  8. Rasa dan jika dah ok, boleh matikan api.

4 comments:

  1. salam kak yatie, wahh..ni lepas dendam rindu kat ikan, he,,he,,makan puas2 ikan kak, ikan air tawar dah rasa ke...mas pun suka makan ikan...sedap..terliur tengok masak lemak akak tu..

    ReplyDelete
  2. Salam yatie,
    tak pernah lagi akak buat masak lemak ikan bawal ni. Mesti sedap kan. Nak kena cuba ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh Kak Yatie...

    Must be busy kak yer.....kak kat ner la ni? Dah duk kg ker? MMM cedap masak lomak kan? Moga Allah swt mudahkan kakak dlm sgla urusan...:)

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie sayang, waduhhhhhh kita sama2 bz lah kak, sib baik ni umah org kalau umah sendirik mcm akak mmg bz betul2 niii, kita ni pun alahaiii tak sudah2 ngemas2 nak2 baju, mcm tak perna abis baju yg di kemas tu :D nmpk kuih lapis cendol kat bwh tu sedapnyer! dah masuk list kena b uat cendol dulu.. :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails