Friday, October 8, 2010

Talam Laman Sari

Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi saya buat kuih talam laman sari. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah boleh di potong, dan pagi ni barulah saya dapat merasanya. Kuih ni sedap, rasa ala2 kuih koleh kacang pun ada. Resepi asal adalah dari Kak Wan dan saya C&P dari rumah Kak Jalilah. Terima kasih pada akak berdua kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Pada kawan2 yg berminat tu, bolehlah mencubanya.



Bahan Lapisan Bawah: (Guna Loyang 10 inci)
  • 220 gm tepung kacang hijau
  • 200 gm gula pasir
  • 115 gm gula merah
  • 475 ml air
  • 400 ml santan pekat
  • 1 sudu teh esen rose
  • 1 sudu teh garam
Cara-Cara
  1. Gaul gula merah bersama 475 ml air dan tapiskan.
  2. Gaul kesemua bahan lapisan bawah dan tapiskan.
  3. Setelah sebati, masak sebentar atas api perlahan sehingga sedikit pekat.
  4. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak.
  5. Tuang bahan tadi dan kukuskan selama 1/2 jam.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 biji telur dipukul sedikit
  • 300 ml air
  • 200 ml santan pekat
  • 200 gm gula pasir
  • 80 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung kastard/ tpg jagung
  • 1 sudu besar esen rose/vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna hijau
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan, tuangkan ke atas bahagian bawah tadi dan kukus sehingga 45 minit. Gunakan api sederhana kuat.

12 comments:

  1. kaka yatie...lapor nih..nak tumpang brekfestt..kak yatie kalau bab talam memang pakar..2 tumbs up punyeeee

    ReplyDelete
  2. wah kak yatie....tergodanya tengok kuih akak tu..sedapnya...mas ambik satu yer...

    ReplyDelete
  3. salam yatie..kite prnh mkn talam ini pd thn 80an lama dah, sepupu dr Singapore yg buat...mmg sedap

    ReplyDelete
  4. salam yatie..waah..ada lagi?akak cekau 2 ketui ya..memang sedap nih..lama dah tak buat..asek makan kat umah org je..talam2 ni akak sorang je yg suka..rumah ni ramai anak lelaki diorang lebih ke sambal..erkk..dengo2 yatie nak wat sambal lgi ya..hehe

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie...tabik lahh, akak ni mmg rajinn...

    ReplyDelete
  6. tahniahhh yatie...akhirnya dpt juga yatie bikin..masa kat US tak dak tepung kacang ijaooo dah balik mlysia semua ada..hehehe...selamat menjamu selera..sedapkan...pandai kak wan reka cipta...tuan punyee..

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie....salam lebaran maaf zahir batin....rindunya...terhidu-hidu bau talam yang lemak manis ni.....telan liur dibuatnya.....menggoda betoilah!!!

    ReplyDelete
  8. salam yatie...org johor mmg suker wat talam eyh..mcm2 jenis leh jumpa kat johor...sy suker MAKAN...jer :)))

    ReplyDelete
  9. Salam kembali kak yatie! baru balik sekolah nmpk talam mcm ni sedapnyerrrr! dah lah mmg waktu minum petang laks tuuu, perut lapo jerrr niii dapat talam akak ni mmg kenyang! :D

    ReplyDelete
  10. kak yatie.....sedap nyer talam...memang kak yatie hebat buat kuih2 mcm ni kan? Boleh buat tempahan cm gini kak.....:)

    ReplyDelete
  11. Kak yatieeeee!!! payah betul tak leh bual2 dgn akak kat luar cbox sana huhuhu.. akak duk johor eak? nanti kita balik mesia kita jumpa eak :D

    ReplyDelete
  12. Hi yati, mesti dah tido. menarik kaler talam u. salam ziarah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails