Tuesday, October 19, 2010

Bubur Durian Kacang Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak bubur kacang hijau bersama durian. Dah lama teringin nak makan bubur durian ni. Sejak balik Msia ni, baru inilah saya jumpa dngn buah durian ni. Kalau kita teringin...masa tu susah betul nak jumpa, bila dah tak mau, berlambak2 pula buah durian ni. Bagi penggemar durian tu, mestilah suka dngn bubur durian....pada yg tidak tu, tengok sajalah ya. Terpulang kepada selera masing2. Oklah saya letak jugalah resepi bubur kacang hijau durian yg ringkas ni. Bila anak2 atau adik2 nak memasak bubur ni, bolehlah cuba resepi yg mudah ini.



Bahan-Bahan
  • 2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
  • Isi durian secukupnya.
Cara-Cara
  1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
  3. Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan isi durian....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.(Kalau tak suka durian, tak perlu letak ya...)

17 comments:

  1. kak yatieee...saya suke saya suke..makan panas suam2 pun suke..makan sejuk2 pun suke..makan beku mcm aiskrim pun suke..nak 2 mangkuk bboleh?hehhee

    ReplyDelete
  2. salam yatie - sedap nyer suke

    ReplyDelete
  3. kak yatie, mas suka bubur kacang doyan...sedappnya...nak semangkuk kakk..

    ReplyDelete
  4. salam yatie, oooo itu petua nak kasi kacang cepat empuk.... sllu guna pc jerk... kak rose suker sangat klu letak doyan ni... mgences dah pepagi ni...

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie!!! oh durian iteewwww buat kita ter kecur! dah lama lah tak mkn durian! nak carik jgklah nanti2 ni hihihi...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yati...mmm sedapnyer kalau makan sejuk2 versi masuk peti sejuk he eh eh.. aiskrim bubur kacangpun suker..nyum2 nampak pekat n sedap..

    ReplyDelete
  7. salam yatie...suami ima suka sgt bubur durian kacang hijau ni...tapi sebaliknya dgn ima...kurang suka sebarang masakan masuk durian...tapi makan durian sukaaaa sangat...hehehe

    ReplyDelete
  8. Izah= suka juga ya...akak pun sama, tak kira sejuk, panas, suam dan beku....kalau bubur durian kcng ijau antu betul....maunya bermangkuk2 akak makan...nak 2 mangkuk ke....ok nanti akak antor ya...

    ReplyDelete
  9. Lina= wkmsalam, mmng sedap bubur ni...Lina suka juga ya....samalah selera kita...

    ReplyDelete
  10. Mas= cukup ke semangkuk...takpe akak bagi semangkuk besar ya....makanlah...kih3...

    ReplyDelete
  11. Kak Rose= kalau masak kcng hijau/kcng merah mmng yatie letak minyak sikit masa merebus...cepat empuk...ciannya kecurkan akak je...apa kata akak wat sendiri ya...puas makan...

    ReplyDelete
  12. Ika= terkecur ke...alahai tak payah kecurlah Ika...awak tu selalu kecurkan akak tau dngn menu2 yg sedap dan menarik...kalau Ika mesti guna durian siam....sedap tu....

    ReplyDelete
  13. salam yatie..aduh2 mau juga deh!!..
    mau rendam itu kacang lah!!

    ReplyDelete
  14. alahaiii~ sedapnye kak yatie.
    kalau dekat ofis tak dapat laa bubur kacang durian camni T__T

    ReplyDelete
  15. uwaaa...jeles...kak Yatie, kat Johor musim durian ker skang ni...sini takde plak nampak kelibat durian..buah dokong banyak ler...

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Yatie..

    sedapnya.. buat kami diperantauan ni meleleh air liur

    ReplyDelete
  17. tumpang tanya..
    2 cawan dapat berapa banyak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails