Thursday, October 7, 2010

Pau Sambal

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Harap anda semua baik2 saja. Petang ni saya buat pau sambal yg sememangnya menjadi kegemaran anak2. Resepi pau ni saya gunakan resepi donat yg sebelum ini saya buat. Biasanya kalau pagi dah buat nasi lemak, petangnya saya buatlah pau sambal ni....saya gunakan lebihan sambal tumis yg sedia ada je. Adunan ni saya bahagi 2 sebab anak yg bongsu suka tabur gula pada pau tu...jadilah donat.

Bahan-bahan
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/ butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu suam, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.. Bahagikan doh kepada 20 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh dan leperkan sedikit.
  4. Tutup pau dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5. Panaskan minyak. Goreng pau dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  6. Toskan minyak. Bila pau dah sejuk, bolehlah belah di tengah dan isikan dngn sambal tumis dan hirisan timun.

11 comments:

  1. waw,,sedapnyer pau sambal.. kita punya letak sambal lebih yer..nyum nyum...

    ReplyDelete
  2. salam...

    amy suke makan pau sambal nie,mom suke buatkan..arghhh!!! tengok pic nie terus kepingin mom nak makan pau sambal huhuhu...

    jemput ke sinar raudah

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/i-want-to-change-my-life-can-i.html

    ReplyDelete
  3. sedapppnya...lama dah tak makan...mas nak 4 ketoi kak....

    ReplyDelete
  4. kak yatie,sedapnye pau tu!!!mintak cikit,hehehehhe....

    ReplyDelete
  5. KAK YAITE..BUNGKUS 5 BIJI EKS...

    ReplyDelete
  6. minta sikit nak buat jamuan birthday piqa leh tak?

    ReplyDelete
  7. sedapnye pau sambal..nak masak sndiri malas..selalunye beli jerk..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Kat sini kuih ni org panggil 'kuih doraemon'. Kuih yg wajib ada dijual sbg kuih sarapan pagi. Ada jg yg panggil kuih ni burger kecik..hehe.. Saya suka mkn kuih ni.

    ReplyDelete
  9. Hi Kak Yatie...sihat semua? OOO...kat terengganu, pau ni jugak dikenali burger mini malaysia....selalu wat makan pagi, jual kat gerai laku......emmm sedap!!

    ReplyDelete
  10. Salam kak yatie! alahaiiiiiii burger sambal kegemaran kitaaaa niiiii nak buat malas tang nak meyambal tp bila dah ada sambal byk malas nak menguli pulak hihihi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails