Sunday, October 17, 2010

Ikan Masak Asam Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak ringkas je iaitu ikan masak asam rebus. Lauk ni simple je tak perlu menumis....cuma rebus semuanya, dah namanya asam rebus takkan nak kena tumis pulakkan.....hi3. Lauk ni amat di gemari oleh kami sekeluarga, lebih2 lagi suami saya....suka sangat lauk yg pedas, masam dan berkuah. Ramai yg tahu masak lauk ni, tapi di sini saya kongsikan bersama juga resepi yg mudah dan sedap. Mari kita lihat bhn2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 8 ekor ikan mata besar/ ikan kembong
  • 1/2 cwn air asam jawa-sederhana pekat
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 helai daun kunyit-di siat sikit
  • 2 cwn air atau lebih
Bahan Kisar
  • 20 btng cili kering(rendam dngn air panas dulu)
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bwng putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan bahan2 yg telah di kisar ke dlm periuk.
  3. Biarkan mendidih...tambahkan sedikit air lagi.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun kunyit.
  5. Gaul sebati. Perasakan garam dan gula.
  6. Sekiranya dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

5 comments:

  1. salam yatie,ni mmg feveret akak nih...makan plak dgn telur dadar,ikan masin..perghh..

    ReplyDelete
  2. mas suka asam rebus...sedapnya dapat hirupp kuahh..

    ReplyDelete
  3. Anymz= salam Anymz, mmng betullah...lauk2 mcm ni pembuka selera betul....yatie makan dngn ikan masin gak ni....sedap wooo....

    ReplyDelete
  4. Mas= lauk asam rebus ni simple tapi sedap....ow Mas suka gak ya...

    ReplyDelete
  5. liana baru try tadi....sedap kebetulan tengah diet.....nyummy....terima kasih tuan punya resipi:-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails