Thursday, October 21, 2010

Ayam Rendang Ungkep

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak ayam rendang ungkep. Mula2 tu binggung nak masak apa dngn ayam ni. Biasalah kadang2 kita jemu nak makan lauk yg sama je. Sesekali mesti ada kelainan, barulah berselera sedikit. Semalam saya jalan rumah Hana, terpandang resepi yg mudah dan sedap ni. Memandangkan bahan2 pun semuanya ada di rumah, saya pun memulakan projek memasak rendang ungkep ini. Alhamdulillah mmng sedap. Terima kasih pada Hana kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan akak C&P resepinya di sini ya.


Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong kecil
  • *1/2 biji bawang besar - hiris
  • *2 ulas bawang putih - hiris
  • *1 batang serai - hiris
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup
  • * 4-5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)
  • 1 sudu makan rempah beriani@kurma
  • 1-2 sudu makan kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk jintan kasar, jintan manis dan ketumbar.
  • 2 cawan santan pekat + air
  • beberapa helai daun kunyit - hiris halus
  • gula dan garam
  • sedikit minyak
Cara-cara
  1. * Blend bahan yang bertanda *.
  2. * Masukkan bahan blend, santan+air, rempah beriani, minyak, semua serbuk jintan dan ketumbar, asam keping dan juga ayam ke dalam kuali. Kacau sebati. Tutup kuali dan masak hingga ayam empuk. sesekali balik2kan supaya bhgn bwh tak hangit. Jika santan kering sblm ayam masak, tambahkan sedikit air lagi.
  3. * Masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga agak kering dan pecah minyak seperti rendang biasa. Matikan api.
  4. * Hidangkan dengan nasi hangat atau pulut atau sebagainya.

5 comments:

  1. salam kak yatie!!! alaaaaaa sedapnyerrrrr ayam ni! tgk daun kunyit akak tu jeles kita! hihihi... Akak sihat ke? bz siktlah kak sejak2 ni pastu nak g cuti2 lagi ni :D

    ReplyDelete
  2. salam kak..terliur dah tengok rendang akak ni, rasa macam nk try la...makan ngan pulut pun sedapp kan..cedok sikit boleh kak, dah pegang sudu ni...he..he..akak johor dok kat mana yerr..

    ReplyDelete
  3. rendang ungkep ni mmg banyk kuah ye kak? klu buat nasi beriani pun sedap mkn ngan rendang ni kot?

    ReplyDelete
  4. salam yatie,
    ayam ungkep ni memanglah sedap nya..
    terasa rempahnya menyerap kedaging ayam tu..uish kecur ni..

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie
    Ayam ungkep...emmm sedapnya, teringat pulak kat mak selalu masak ayam ungkep masa kecik2 dulu. Sedap terasa rempah kat ayam tu kalau ayam kampung lagi best.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails