Thursday, October 28, 2010

Pau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya saya buat pau ni malam tadi, ingt nak n3 pagi tadi, tapi tenet lambat sangat....so bila semuanya dah ok barulah n3. Sudah lama teringin nak buat pau mengunakan tpng pau, biasanya saya buat guna tepung gandum je. Saya buat ikut resepi dari Mat Gebu dan saya C&P dari Kak Ummi yg sememangnya pakar dlm membuat kuih pau ni. Kalau K.Ummi yg buat tu.... cantik, gebu dan mulus je paunya.....paling saya teruja bila lihat pau K.Ummi yg putih melepak tu...tu yg saya beli juga tepung pau ni. Alhamdulillah mmng menjadi. Oklah mari kita lihat bahan2nya...terima kasih kak dan Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Lepas ni saya nak buat lagi dan lagi dan lagi...kuih pau yg sedap ini. Kawan2 apalagi....marilah kita mengepau. Saya buat 2 adunan sekali....puas makan.



BAHAN-BAHAN:
  • 240 g tepung Hong Kong (Tepung pau)
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam
  • 1 tsp yis
  • 25 gm shortening
  • 100 ml air suam *
  • 30 g gula halus *
  • 1/2 tsp cuka *
CARA-CARA :
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
  2. Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Campurkan bahan yang bertanda *
  4. Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
  5. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON').
  6. Perap doh selama 45 minit.
  7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
  8. Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
  9. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. (akak letak inti kacang merah)
  10. Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
  11. Perap pau lebih kurang 20 minit.
  12. Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.
  13. Angkat dan sejukkan.(Saya angkat loyang kukus bersama penutupnya sekali....biarkan 5 minit, barulah di buka penutup kukusan.....kelihatan semua pau cantik....takde yg kecut....)

9 comments:

  1. salam yatie,pebret akak pau ni..isshh..ni yang buat geram nak beli tepung pau nih..tapi malas nak menguli le..ambik 2 ketul kat rumah yatie ni dulu lah ya..:)

    ReplyDelete
  2. cantik la pau akak...tak jemu kan kak makan kuih kukus ni....nak sikit pau tu, akak buat banyakk kan..he..he..

    ReplyDelete
  3. erm..tgk gambo..dah rase teringin lak nak mkn..

    ReplyDelete
  4. lawa,bulat dan gebusssnye pau kak yatie!!! mie mmg suka mkn pau yg letak inti kcg merah ni,mau mkn xberhenti.... nak sikitla kak yatie, dpt dlm 5 6 bijik pun jadila,plezzzz....

    ReplyDelete
  5. kak yatie..mcm kapas tak lembutnya tu?inti apa tu kak..adeh..dah buat double adunan tu, bagi bagi la kat sini sikit kak

    ReplyDelete
  6. dah lama t'ingin nak blaja buat pau ni kak..sbb anak2 suka....tp takut plak x menjadi... ;)

    ReplyDelete
  7. Salam kak yatie!! pauuuu!!! nak pauuuu jugak! tp sejak2 tekak dah tua ni kan dah kurang suke dgn inti kcg merah tp suke inti kelapa atau kari hihihi...

    ReplyDelete
  8. nak pau juga..k'yati gebussnyer pau ni...aduhh pau2 ..sbelum mngepau nak sediakan inti dulu..inti kacang merah dah muak..

    ReplyDelete
  9. kak yati sedap nyer pau..gebu jer...ada lagi tak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails