Sunday, July 11, 2010

Puding Roti Caramel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Hari ini saya buat puding roti caramel. Puding ni sedap di makan bila di sejukkan.....dngn cuaca yg panas sekarang, mmng sesuai sangat makan sebarang jenis dessert. Ini adalah salah satu dessert yg sedap dan mudah utk menyediakannya. Resepi asal adalah dari Chef Hanilieza dan izinkan saya C&P resepinya di sini ya akak. Terima kasih banyak2.



Bahan A:
  • 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti( saya jadikan gula hangus dahulu, pastu tuang di loyang yg nak dikukus...)
Bahan B
  • 1 buku roti [10 keping]
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
  • 1 tin buah koktel/peach
Cara Penyediaan.
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktail dan tapis.
  3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
  4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
  5. Kukuskan selama 30 minit.
  6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
  7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach
  8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

16 comments:

  1. sedapnya tengok puding roti tu...tergoda mas...ada lagi ke, nak rasa sikit...

    ReplyDelete
  2. Salam yatie...
    Wah... bolehlah try resepi ni... nampak dlm gambar cam sedap je... yummy!!

    ReplyDelete
  3. Salam kak..errmmm..sedap tu..ada lg tak?..hehehheeee

    ReplyDelete
  4. nampal sungguh menggodaa...
    awuuuuu..tak rela uuu..

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. sedapnya...entah bila leen nak buat...salin resipi jek dulu..heee

    ReplyDelete
  6. best2..bahan2 semua ada..tinggal nak buat je lagi..erkk??rajin ke hari ni?baru balik kenduri nih...hehe

    ReplyDelete
  7. salam yatie...adoooi rosak binasa dietku-seb baik tgk pic je :)

    ReplyDelete
  8. heh,,sedapnya,,mintak secawan,,kekeke

    ReplyDelete
  9. salam yatie.
    blh masuk list puding ni. nmpk sedap n cantik hasilnya. lazat klu dpt buat juadah berbukakan.:))

    ReplyDelete
  10. Mas => mmng sedap bila di makan sejuk...ada lagi ni...nah ambillah sepotong...hi3..cukup ke..

    Wana => wkmsalam, bolehlah cuba..mmng sedap..

    Izah => sedapkan...kan..kan..
    jom makan..(pantun pendek..hi3..)

    ReplyDelete
  11. Ibh => wkmsalam, ada lagi ni..nah akak bagi rasa sepotong....makan elok3 ya..hi3..

    Kak Hanieliza => terima kasih kak....ni gara2 tergoda kat rumah akak lah..mmng sedap...

    Leen => mmng sedap, bila free tu, bolehlah cuba ya...

    ReplyDelete
  12. Anymz => apa lagi bhn2 dah ada semua tu....buatlah...mmng sedap..

    Deliah's Deli => alahai makan sikit je...tak rosaklah dietmu itew.....hi3..

    Lokman => boleh je....ambillah...

    ReplyDelete
  13. Jiya => jelin2....nak ke....ekekekeke....

    Anis => wkmsalam, mmng sedap kak, cubalah...

    ReplyDelete
  14. Norazizah HaffizullahJune 10, 2011 at 3:30 PM

    salam.. saya meminati blog pn yatie.. malah saya telah mencuba beberapa resipi kek pn yatie. anak - anak saya meminati kek cheese blueberry filling terutamanya.. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails