Wednesday, January 6, 2010

Kek Lapis Kukus Cream Cheese.





BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum
Cara-cara
  1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...

11 comments:

  1. K.Jun,
    Mmng sedap kek ni....cubalah...

    ReplyDelete
  2. kak yatie saya kurang faham lerr dengan cara buat kek tu..

    1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
    Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
    Biarkan sebentar.

    2.
    Pkl telur didalam "bekas lain?" bersama gula sehingga kembang
    Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
    Masukkan air panas,susu dan minyak
    Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
    Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

    Yang no.2 disatukan dengan no.1 ke?

    sori ye kak..kureng faham hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf menyampuk..no.1 tu hanya untuk lapisan cheese..tengok kek tu,kan da lapisan putih..sebab tu dibiarkan sebentar..
      yang no.2 tu,memanglah bekas lain, sebab tu untuk adunan coklat, takkan nak campur yang ada cheese.. dan kalau tengok gambar, hanya adunan coklat je yang kena bagi 2 bahagian...tak perlu nak satukan ngan no.1...nanti tak nampaklah lapisan cheese warna putih tu..

      Delete
  3. fieza pnh buat...mmg sedap.. tp xtau npe bile kukus mcm xcantek je..npe ekkk

    ReplyDelete
  4. saya dah buar....memang sedap......x cube rugi....

    ReplyDelete
  5. mcm kek secret recipe..terliurrr

    ReplyDelete
  6. kak 'sb' ap? sy x fhm la?
    'sk'= suku kn?

    ReplyDelete
  7. anon: sb: sudu besar, sk: sudu kecil :))

    ReplyDelete
  8. Boleh bakar tak? Tak Ada kukus lah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails