Monday, April 15, 2013

Bingka Emping Jagung / Cornflakes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kawan2 pernah makan bingka emping jagung tak? Saya ni baru pertama kali buat dan rasa bingka cornflakes ni, tak sangka sedap rasanya..rasa dan baunya seakan2 bingka nestum. Buat bingka ni mudah je, kalau teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada Kak Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8 )
  • 150 gm cornflakes/emping jagung - dikisar halus 
  • 3/4 cawan tepung jagung - ayak
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air)
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 sudu besar mentega- saya tambah
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning 
  • bijan
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata guna whisk hingga adunan sebati. 
  2. Sapukan acuan dngn mentega/majerin/minyak di sekelilinya dan panaskan sebentar dlm oven.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega tadi dan taburkan bijan dipermukaannya.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga kuih kelihatan garing.
  5. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.

8 comments:

  1. tak pernah lagi buat bingka cornflakes ni... nampak sedap.. kalau jenis2 bingka ni mmg kuih feveret..

    p/s: akak dah update serimuka tiga rasa tu... dah lama buat baru je sempat update.. TQ kuih yg sgt2 sedap. berbaloi walaupun byk step nak kena buat.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie...nampak mcm sedap jer bingka konfleks ni...harus kena buat...sedap eh? ^____^

    ReplyDelete
  3. seriess pingin nggawei bingko ki kak...

    ReplyDelete
  4. hmmmm..... lamanya tak makan bingko apalagi ada emping ni

    ReplyDelete
  5. Salam kak yati..mesti sedap bingka cornflakes ni..biasa saya kalau cornflakes guna tuk puding je..mesti cuba ni nnti :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails