Sunday, February 3, 2013

Ayam Masak Lemak Cili Api Berkerisek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekejap je dah bulan febuari, tuan rumah ni makin malas nak update blog. Sebenarnya bukan malas apa, cuma terlalu sibuk tu yg tak sempat2 je nak n3 masakan terkini. Ini pun menu ntah bilalah agaknya. Sekurang2nya ada resepi yg nak di kongsikan bersama buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Harap Kak Ummi rajin2lah update blog lepas ni, rehat dah lama sangat tu kak....ramai peminat2 akak yg masih setia menanti dan terus menanti resepi2 yg malatoppp dari akak. Fikir-fikirkan ya kak...sekurang2nya akak pencetus idea masakan bagi kita yg kadang2 ketandusan idea utk menyediakan juadah buat keluarga tersayang... Mehlah semak resepi mudah tapi sedap sngt ni....


Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12 - 14 ketul/ikut suka
  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar kerisek
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (ikut suka, x letak pun xpa kalau nak pedas)
  • 2 helai daun kunyit - dibuang bhg tengahnya dan simpulkan
  • 5 batang serai - diketuk
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan dikisar/tumbuk lumat:-
  • 8 tangkai cili padi hijau
  • 4 tangkai cili padi merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas (lg kurang pun xpa)
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk/caserol/kuali sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan. Masak hingga air ayam sedikit kering.
  4. Masukkan santan cair, daun kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

7 comments:

  1. waaa....dah lama x makan masak lemak kuning ayam...tambah plak akak isi kerisek..unik unik..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kak yatie...sedapnya ayam masak lemak cili api berkerisek ni..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Yatie cayang...akan diusahakan selepas pindah randah setel nnt, doa-doakan yea....memasak tak pernah berhenti lagi pun....hehe. Thanks ya cayang sudi try resepi tu....akak nak tumpang sepinggan cadangnya...dah habis lak eh...hehe

    ReplyDelete
  4. sedap ni.. biasanya kalau balik N9 ni lah yang selalu mak mertua masak.. cuma bezanya orang N9 tak guna bawang

    ReplyDelete
  5. Salam Kak...masak lemak macamni. klu xde bebudak kat dalam rumah..buat pedasss siket...mesti bestttttt

    ReplyDelete
  6. x pernah letak kerisik...nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  7. next time nak try la kak...enak koyonei..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails