Monday, February 4, 2013

Bingka Pisang - Kak Fida

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi layan bingka pisang resepi Kak Fida @my resipi pula. Sebelum ni pernah buat bingka pisang diSini, mmng sedap dan lembut sangat. Kali ni cuba resepi K.Fida sbb nak rasa kelainannya bila di tambah dngn potongan pisang dlm adunan. Bingka ni sedap, lebih2 lagi bila tergigit potongan pisang tu, mcm ada rasa jemput2 pisanglah pulak. Pada pengemar kuih bakar/bingka tu, bolehlah mencubanya, mmng sedap sangat. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan ( 2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc. )
  • 2 cawan pisang yang dilecek halus
  • 1/2 cawan gula merah 
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 125 ml santan pekat
  • sedikit garam
  • sedikit esen vanilla/pisang
  • 1 sudu besar majerin/mentega
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan 
Cara-cara 
  1. Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata. 
  2. Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati. 
  3. Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
  4. Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya.
  5. Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

6 comments:

  1. Ting tong... Yatie, gee datang bw piring ni...bak bingka yg sedap tu 2,3 ketul...

    ReplyDelete
  2. mas dah try bingka ni..
    memang sedapp..

    ReplyDelete
  3. as-salam
    Sedapnya bingka pisang... nak 4 ketol..

    ReplyDelete
  4. Salam kak yati..pisang tuh sedap guna pisang berangan @pisang lemak

    ReplyDelete
  5. sedapnya bingka tu yatie... potongan pun cantik jer... dah lama tak buat bingka2 ni..

    ReplyDelete
  6. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails