Wednesday, February 20, 2013

Kaswi Cendol Sinar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita jamu mata dngn kuih kaswi cendol sinar. Kenapa namanya mcm tu, sebab kaswi ni letak cendol dan bila potong jadi bersinar2 pula cendol tu...he3...layankan jelah, yg penting kuih kaswi ni sedap sangat. Kuih ni juga antara kuih yg saya bawa masa balik kampung aritu. Kebetulan mak mmng suka sangat kuih kaswi dari dulu lagi. Kali ni saja nak rasakan mak kuih kaswi cendol...bukan main suka lagi mak makan, siap di belek2nya kuih ni dan tanya resepinya. Saya cakap tak kisahlah mak, bila mak nak makan kuih ni lagi, cakap je bila..pasti saya buatkan lagi. Seronokkan bila lihat kuih sempoi yg kita buat di gemari mak dan keluarga tersayang. Apa lagi kawan2, kalau nak merasa kuih kaswi cendol ni...kena cubalah sendiri ya...mmng sedap. Jom semak resepinya..




Bahan A-
  • 200 gm gula pasir
  • 150 gm gula melaka-hiris halus
  • 2 helai daun pandan
  • 200 ml air
**Bahan2 A di masak bersama hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan. Ketepikan dulu.

Bahan B
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 700 ml air
  • 200 ml santan pekat KARA
  • 1 sudu besar air kapur
Bahan C
  • 500gm cendol- tapis, buangkan airnya, ambil cendolnya je
  • Kelapa parut- putihnya je +sedikit garam
Cara-Caranya.
  1. Panaskan periuk kukus dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara itu kita bancuh adunan kuih.
  2. Satukan kesemua bahan2 B dlm mangkuk yg besar. Gaul sebati guna whisk.
  3. Masukkan bahan2 A ke dlm adunan B dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
  4. Masak sebentar/ sehingga naik wap, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau guna whisk.
  5. Bila dah hampir pekat, masukkan cendol yg di tapis tadi dan gaul perlahan sehingga rata cendolnya.
  6. Tutupkan api. Sementara itu, sapukan minyak di sekeliling loyang 9inci dan alaskan plastik. Sapukan sedikit minyak lagi di plastik tadi. 
  7. Tuangkan adunan tadi dan ratakan. Kukus selama 30 minit.
  8. Bila dah masak, angkat loyang dan sejukkan dulu. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya. Sedap di makan bersama kelapa parut.


13 comments:

  1. salam kak yatie...

    wah menarik ni..
    nk bt jugak la..
    mtak izin copy resepi ni ye...

    ReplyDelete
  2. as-salam
    kaswi lain dari yang lain..mesti sedap!!!

    ReplyDelete
  3. as'salam Yatie

    kak ct terus masuk dari FB ni dah terpaut dengan kaswi cendol, menarik nampak nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.... Yatie.
    Wow... bestnya kuih kaswi cendol. Saya ni memang peminat kuih kaswi. Insyaallah saya akan cuba nanti. Minta share resepinya.... ya.

    ReplyDelete
  5. Salam k.yatie,
    Menarik ni....lain dri yg lain....:-) msti sdap...!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum yatie
    bestnya kuih kaswi versi baru ...kena cuba ni...
    terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  7. sedapnya.....mesti harum bau pandan ni!!!!

    ReplyDelete
  8. I want to thank superb formula. I simply caused it to be also it sampled wonderful: -)
    Excellent weblog along with dessert quality recipes personally in case you are curious.
    I have a blog with cake recipes myself if you are interested. You can find it at http://recipes-for-food.com/

    ReplyDelete
  9. salam dek yatie manis.. kalu dah emak suka pastinya sedap resepi baru ni.. t.kasih kongsi disini kak ilah mestilah nak print terus..hehe memancar2 sinarnya...tergodaaa aku dibuatnyeeeee nada jelezzzzz nieee

    ReplyDelete
  10. salam dek yatie.. kalu dah mak suka pastinya sedap resepi baru rekaan yatie ni.. kak ilah pastilah nak print..tkasih kongsi disini..bersinar2 dan memancar2 wajahnya..siap ada salji lagi tuu hehe (dah komen tadi rasanya tak lepas..komen lagi sekali..)

    ReplyDelete
  11. kak Yatie..kreatifnya kuwe kak...mesti enak mbanget kan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails