Saturday, February 23, 2013

Talam Lapis Carribean/ Talam Puspita

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih talam, petang tadi merajinkan diri buat kuih Talam Lapis Carribean/ Talam Puspita. Wow....glemer betul nama kuih ni, tu yg teruja nak buat dan merasa tu. Bila tengok bahan2 semuanya ada, apalagiiiiiii..mulakan projeklah petang tadi. Memang sedap kuih ni, terasa lemak manis santan di gabungkan dngn pisang nangka. Saya mmng suka pisang nangka, selain di goreng, pisang nangka ni sedap direbus giteww je. Pisang ni saya beli masa balik kampung aritu. Beli dlm 2 sisir/sikat yg besar, mmng lamalah nak perabiskannya. Last ni buat talam lapis Carribean ni, mmng berbaloilah...sedap sangat.

 Terima kasih pada Chef Asma berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Buat pengetahuan kawan2, saya telah pun minta izin kongsikan resepi chef Asma yg telah di cuba masa beli trio steamer ni dari beliau. Moga bertambah2 murah rezeki Chef sekeluarga. Pada peminat kuih2 tradisional moden ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




 Bahan-Bahan-(loyang 10x10x3inci)

Lapisan bawah :
(A)
  • 200 gm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung-Yatie tambah
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 200 ml santan pekat- santan kara
  • 600 ml air
(B)
  • 250 gm pisang nangka -  kukus dan potong kiub
Cara- Cara
  1. Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Sapu rata minyak lagi.
  2. Sementara itu, buat adunan utk lapisan bawah.
  3. Satukan semua bahan A kecuali pisang nangka.Masak hingga naik wap dlm 3 minit guna api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk.
  4. Masukkan pisang nangka dan kacau rata. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20minit.
Lapisan Tengah:
  • 70 gm tepung gandum
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telor
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • pewarna pink
  • sedikit esen pisang
Cara :
  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 20min.
  2. Apabila kuih masak, cakar sedikit permukaannya guna garfu, barulah tuang adunan atas. Pastikan tiada takungan air di permukaannya sblm tuang adunan.
Lapisan Atas :
  • 50 gm tepung kastard
  • 100 gm gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sikit esen vanilla
  • 2 biji telor- Yatie guna 1 biji je
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • 300 ml air.
  • pewarna kuning-jika perlu
Caranya
  1. Satukan kesemua bahan lapisan atas dan gaul sebati. Tapiskan adunan kedlm periuk dan masak hingga naik wap, sentiasalah di kacau guna whisk.
  2.  Masak jngn terlalu pekat dan jangan terlalu cair, sederhana pekat je.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah. Pastika tiada air di permukaannya sblm menuang adunan. Kukus lagi selama 25 minit.
  4. Bila dah masak, angkat dan sejukkan lebih kurang 3-4 jam. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah cantik dipotong guna pisau plastik.

6 comments:

  1. nampak sedap je tu.. kaler pon nice sgt :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Yati
    menarik talam dg 3 lapisan warna...namapun menarik.letak pisang tentu sedapp...sy peminat kuih2 yg letak pisang..

    ReplyDelete
  3. salam kak Yatie...sedapnyer tgk kuih talam tu...nampak menarik la...kaler yg menarik minat nak makan nih...sedapnyer kak....

    ReplyDelete
  4. Isek eneng opo wes entek Tie... ngeleh pulak wetengeh ndelok talam special ni.

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie....cantiknya kue ni nama pun menarik...kalau wat berniaga laku nii..

    ReplyDelete
  6. ting tonggggg tuan rumah ada dirumah tak??? ngehh ngehh rupa org nak gendeng ni... kalu ada lagi boleh tka kita nak tumpang rasa barang seloyang hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails