Oklah, sebenarnya ni resepi kek coklat cheese yg sangat sedap yg di letak dlm bekas cupcakes. Kalau letak dlm bekas2 kecil mcm ni, anak2 lebih suka dan senang utk di nikmati. Pada kawan2 tu, terpulanglah ya nak buat sebiji kek atau pun letak dlm bekas kecil2 mcm ni....yg penting menjadi dan sedap. Resepi ni boleh lihat diSINI ya. Selamat Mencuba semua...
Bahan A:
* 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
* 170 gm gula halus (gula kastor)
* 3 biji telor gred A
* 20 gm serbuk koko *
* 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
* 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
Bahan B:
* 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 60 gm gula halus (gula kastor)
* 1 camca teh esen vanila
* 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
- Panaskan oven pada suhu 160C.
- Putar mentega dan gula hingga putih.
- Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
- Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
- Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
- Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan masukkan ke dlm cawan kertas, ratakan.
- Ambil dlm 2 sudu besar pula adunan cream cheese dan ratakan.
- Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan ratakan.
- Bakar selama 20- 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
- Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.
Salam Kak..Emmm apa2 versi pun samada sebiji atau cc tetap sedapkan...ehemmmm...minta sebiji....
ReplyDeletesedapnye,cuti ni blh la try buat.
ReplyDeletesmlm try buat apam beras ikut resepi kak yati...jd,mmg sedap..tenkiu ye kongsi resepi..^_^
Wah bestnya.. leh cuba lah nanti ni :)
ReplyDeletemengeliurkan la kak...
ReplyDeletedulu kini dan selamanya!!
ReplyDeleteBab makan memang laju je akak ni,nak buat malaslah.
ReplyDeletesedapnye kak....^_^
ReplyDelete#hulur pinggan kosong...eheheh
as-salam
ReplyDeleteFABULOUS cupcakes!
Memang sedap ni.. huzaini.com
ReplyDeleteaka, boleh kalau nak kukus cupcake ni. please reply kat blog saya, http://fazieyla.blogspot.com nak sangat taw sebab saya x minat sangat bakar2 ni, hehe
ReplyDeletenak tnya. mcm mna nak bwat cream yg
ReplyDeletekat atas cupcake 2..
Nk bwt cream cheese kt tngh tu mcm mne
ReplyDelete