Wednesday, January 30, 2013

Serabai Kuah Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan serabai kuah durian tak? Rasanya mesti pernahkan. Sebelum ni pernah makan tapi tak pernah buat sendiri. Rasanya sedap dan lembut cuma tak taulah kenapa namanya mcm tu. Anak2 saya pun pelik nama kuih ni, sampaikan Hamka takmo rasa dan makan kuih serabai ni sebab namanya yg pelik. Macam2lah di tanyanya..saya pun sampai tak tau nak jawab macamana lagi.

Sebenarnya banyak resepi serabai dan saya pun tak tau nak cuba resepi mana satu. Kali ni saya cuba resepi Kak Wan dulu. Syukur Alhamdulillah menjadi cantik. Saya suka tngk serabai yg bersarang tu. Terima kasih pada K.Wan kerana berkongsi resepi  mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya. Pada yg berkenan tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung beras
  • 150 gm nasi sejuk
  • 500 ml santan
  • 1 sudu kecil yis segera + 50 ml air suam ( larutkan), biarkan seketika
  • 1/2 sudu teh garan
Kuah Durian:
  • 600 ml santan
  • 100 gm isi durian
  • 80 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 biji putih telur- dipukul sedikit
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
  2. Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
  3. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.
  4. Kuah: Satukan semua bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur dan masak hingga kuah sedikit pekat.
  5. Hidang serabai dengan kuahnya.
**Yatie tak ada acuan serabai, cuma guna kuali biasa je...masak satu2, mmng menjadi sarangnya tapi lambat sikitlah. Boleh juga guna pan non stick, lenserkan sedikit minyak, tuang adunan dan masak guna api sederhana je.

17 comments:

  1. nampak menarik untuk di makan.. boleh cuba nanti nih

    ReplyDelete
  2. Salam Yati...klu letak dlm non stik pan tu..perlu tak ditutup?

    ReplyDelete
  3. waah..akak mmg suker makan serabai ni tp buat sendiri x pernah lagi..terliur lak memalam nih tgk apam serabai yatie wat nih..adehh!

    ReplyDelete
  4. Salam, kakakku... menjadi sungguh serabaitu.. kelakar jerlah Hamka tu, lain kali Kak Yatie letak warna hijau mesti dia nak makan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Dah lama auntie tak makan serabai ni..

    ReplyDelete
  6. salam yatie, mmg nmpk cntik serabai tu brlubang lagi, serabai ni kueh lama kan.., kalau resepi dulu2 x guna yis itu yg kadang mnjadi kadang tak. akak pernah gak buat resepi ni dulu mmg jadi, mmg sedap dicicah dgn kuah durian terliur jap..!

    ReplyDelete
  7. rindu nak makan kuih serabai ni...zaman remaja dulu nenek dan mak sedara selalu buat kuih ni.

    ReplyDelete
  8. sy dah lama teringin nak buat...tapi belum terbuat. Mmg sedap serabai ni cicah kuah durian.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tengok serabai kak yatie ni... elok jer memutih.. boleh cuba ni :D

    ReplyDelete
  10. sedapnya..acuan mama dah beli dua biji masa balik ke kedah itu hari..nak kena cari durian lah pulak..

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Yatie
    pernah mkn serabai tp belum cuba buat sendiri lagi...

    ReplyDelete
  12. susah nak jumpa orang jual serabai ni. ni dah teringin kene la buat sendiri pasni :D
    Kisah Ibu Pencen Muda

    ReplyDelete
  13. slm kak yatie...mcm ku kenal roti itteeww.... :) selalu masuk sini jd silent reader...tapi skang ni takmo jd silent reader lagi lah...nak kepoh2 lak...ehehe... (Norita A.Samat @ ratusiput)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yatie cayang...wah lama akak x komen kat blog...asyik tegur kat wall FB jek...hehee. Meh sini serabai tu sepinggan, sedapnya...nak2 kalau makan dgn kuah durian.....yum yum... Cantik jer berlubang2 serabai tu...menjadi betuiii...hehe

    ReplyDelete
  15. wow cantik2 uollls..jom lepak kat blog www.pelanginadia.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan k.yati... wah byk betul menu2 kat blog akak..sedap2 plak tu... & yg pasti shida x kan terlepas utk cuba menu akak .

    jom lawat blog saya saya ade cerita terbaru utk dikongsi ^_^
    http://umishida.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails