Friday, February 15, 2013

Kek Lapis Cheese Pesona

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek Lapis Cheese Pesona ni juga antara kek yg di bawa bersama masa balik kampung tempohari. Kek ni sedap sangat, yg penting mudah membuatnya......tak payah bakar segala. Ramai blogger masakan yg telah mencubanya, semuanya kata sedap. Kalau tak percaya tu, kawan2 cubalah sendiri ya....mmng berbaloi. Terima kasih pada Ryo berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Akak kongsikan sekali lagi resepinya di sini ya. Kawan2 juga boleh lihat diSINI. Selamat Mencuba kawan2 semua..




Bahan-Bahan: (loyang 8x8inci)
A:
  • 1 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi-300gm
  • 400 ml susu segar/susu cair-suam
B:
  • 500 gm cream cheese (Philadelpia/Tartura)
  • 20 ml susu segar/cair
  • 1/2 cawan gula halus
Caranya :
  1. Satukan cream cheese dan gula halus,pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan dulu.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api...biarkan suam je.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Yatie taburkan coklat rice je kat atas kek.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

20 comments:

  1. mmg sedap...tapi sy belum mengulang lagi buat....masih berhutang dgn anak nak kek lain ni...

    ReplyDelete
  2. Haiyyyaaa... cuti CNY ni asyik mengecheese aje kito yo... jogo2 awak eh mengko lemu... tapi aku dulu yang lemu!

    ReplyDelete
  3. k.yatie, cantik la lapis kek tu, kemas jer. saya tak pernah cuba lagi kek ni walau pun resepi dh simpan berkurun, hehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie...kek yang ni saya belum pernah try lagi..insha Allah nanti nak cuba...

    ReplyDelete
  5. ya Allah..cantiknya kejadian dia kak yatie...!

    ReplyDelete
  6. masyaAllah kak, keknya tampak sedaappp....

    ReplyDelete
  7. pergh..kreatif sungguh kamu semua..

    ReplyDelete
  8. dapnyee kak..tak pernah buat lagi ..

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak...nak tempah kat akak la boleh?=)

    ReplyDelete
  10. Mcm sedap jer...nk cuba lar buat lar....:)

    ReplyDelete
  11. Saya pun baru ja buat kek ni. Sedap :)
    Tapi tak cantik macam akak buat sebab biskut tak cukup. Hehe

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Yati
    sy belum lagi puas kek ni....nampak menarik

    ReplyDelete
  13. assalam, salam ukhuwah dari BUNDA...

    ReplyDelete
  14. salam yatie..thanks for your resepi. best nampak. nak kena buat ni. anyway buat teman-teman seperjuangan yang obses sangat dgn masakan ni ruangan ni amat bermakna. Jom joint my blog: ruzitakitchenblogspot.com (Ruzita's kitchen) untuk kita berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  15. Teruja nk menerai..!!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails