Thursday, February 10, 2011

Kuih Kasturi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf kuih kasturi pulak. Dah lama teringin nak buat kuih ni, jadi malam tadi saya rebuslah kacang hijau dan jadikan inti, pagi ni bolehlah merasa kuih kasturi buatan sendiri. Sesekali layan kuih mcm ni mmng sedap, kena pulak kacang muda yg empuk dan kelapanya muda...mmng terasa kesedapannya. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...saya kopipes kat sini pulak ya.



Kuih Kasturi Bahan Inti
  • 250gm kacang hijau - di rendam
  • 200gm gula melaka di racik halus
  • 50gm gula pasir
  • 600ml air
  • 3 sudu besar kelapa parut muda
  • 2 sudu besar tepung gandum
Bahan Batter
  • 120gm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 3 helai daun pandan- saya tambah
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :

Inti :
  1. Rendam kacang hijau selama dua jam. Kemudian masak bersama air hingga kembang, biarkan sehingga air hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
  2. Tabur dan gaul dengan tepung gandum untuk memekatkannya.
  3. Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan,
  4. Ambil inti kacang, kepalkan menjadi bulat, kemudian leperkan. Buat hingga habis
Batter :
  1. Satukan bahan batter, masukkan air kapur dan air secukupnya (adunan tidak terlalu pekat atau cair).
  2. Panaskan minyak. Celupkan kuih kacang kedalam batter dan goreng hingga keperangan.
Nota tambahan dari saya.
=> Rebus kacang hijau hingga betul2 empuk. Air boleh di tambah lagi sekiranya kacang hijau belum empuk. Pastikan kacang sudah empuk dan kering, barulah tambahkan gula melaka, gula pasir dan kelapa...barulah masukkan tepung gandum dan masak hingga kering.
=> Masa nak kepal kacang tu, adunan lembik dan lekit sikit, sapukan sedikit tepung atau sedikit minyak di tapak tangan kita supaya mudah utk membentuk kuih kasturi tu.

5 comments:

  1. Salam, sis. My hubby minat betul kuih kasturi ni tapi Yus kurang gemar kecuali kalau digoreng garing2, yg tu Yus suka. Tak pernah try buat, nmpk resepi tu mcm senang, lain kali nak cubalah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yatie Cayang...Muaaahhh

    Kuih Kasturi Ni Mmg Sedap....Kak Lin Pun Dah Lama Tak Buat...Bila Tgk Kat Sini Teringin Pulak Nak Makan...Pagi Ni Pergi Sarapan Dg Cik Abg Nak Cari Kuih Kasturi....Huahuahuahua...Godaan!!

    ReplyDelete
  3. hubby saya suke sangat kuih ni kak..tapi saya buat tak pernah jadi..keras lah.. banyak tepung la..tak lemak lah..hahaaa..last2 beli aje lah..uii..nak try resepi ni pulak lah

    ReplyDelete
  4. salam yatie.
    dulu masa kecik2 akk klu mkn kuih ni buang kacang hijaunya, makan kulitnya aje. hehe... tp bila dah tua2 ni semuanya dingappp. haha... naik suka plk makan. mcm2 bila sudah beralih umur ni.:))

    ReplyDelete
  5. Assalam kak yatie...kuih ni memang my fav ni tapi lum pernah buat lagi....selalu beli jer...sejak dok sini lama dh tak mkn ni...teringin la pulak tapi bilala nk rajin mcm akak ni yer...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails