Sunday, February 13, 2011

Roll Tuna Sandwich

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn Roll Tuna Sandwich pula. Esok dah start sekolah, anak2 dah order nak bawa bekal apa. Jadi petang ni saya buat roll tuna sandwich ni utk bekalan esok. Anak2 saya dah terbiasa bawa bekal ke sekolah sejak di US lagi. Kat US anak2 saya dpt makan free di sklh, tapi mereka semua mmng tak ambil kecuali susu , jus dan buah2an saja. Biasanya saya bawakan bekalan dari rumah. Bila balik ke Msia, anak2 dah terbiasa utk bawa bekal ke sekolah. Tak mengapalah, lagi pun waktu rehat pendek, nak beratur panjang beli makanan kat kantin pun ambil masa yg lama...tup2 bila beli tak sempat makan...tu yg anak2 lebih suka bawa bekalan dari rumah. Mereka kata bila makan bekalan dari rumah, pasti teringatkan mama nya di rumah. Jadi bertambah semangat nak timba ilmu pelajaran di sekolah. Syukur Alhamdulillah..

Berbalik pada roll tuna sandwich ni, saya ambil resepinya dari Mat Gebu. Kalau singgah DTS mmng mcm2 dok kepala ni memikirkan nak buat yg mana dulu. Banyak resepi yg best kat sana, cuma hendak dngn taknak je nak membuatnya. Roti ni mmng lembut dan sedap sangat. Saya dah buat malam tadi utk sarapan pagi ni, tapi kena buat lagi petang ni sbb anak2 nak bawa bekal utk sklh esok. Bila tngk anak2 dan suami suka roti ni, saya pun bertambahlah seronoknya membuat adunan buat kali keduanya. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Akak kongsikan kat sini pulak ya.. Buat pengetahuan semua, saya uli guna tangan je...BM tak beli lagi....hehehehe.




BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :-
  1. Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi.
  2. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan.
  3. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  4. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang.
  5. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

14 comments:

  1. akak..rajinnya meroti,
    mas dah lama bertangguh nk buat bun ni..
    nmpk sedapp la...
    nak sebiji..he..he..

    ReplyDelete
  2. wah dah sampai roti ni ke sini ya..tukar dgn kueh lompang pulak ya yatie..selera betul nengok roti yatie..:)

    ReplyDelete
  3. Cm suka roti yg camni sedap.Tak jemu .Hari hari pun boleh layan:)

    ReplyDelete
  4. salam yatie...
    uli tangan lagi bagus yatie untuk anak2...
    air tangan ibu kan berkat dan doa jugak untuk anak2...
    naik cantik dan gebu roti Yatie walaupun uli tangan...

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie dan sama2 kasih juga..ilmu yang ada sedikit ni elok lah kan kita kongsi bersama..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Bertuah anak2 akak. Bila dah biasa makan air tangan ibu pasrii susah untuk makan air tangan orang lain. Nak jadi macam akak jugak le. Bolehkan kak?

    ReplyDelete
  7. salam k yatie, nampak roti akak nih tetiba je dtg mood nak meroti..:)

    ReplyDelete
  8. sedapnye kak yatie...mie baru berangan2 nak buat roti nih...tapi angan2 je la...buatnye xtaula bila...hehheheh...de lagi kek kak yatie???? ingat nak mintak 3 ketul nk buat bf...hehheheh

    ReplyDelete
  9. salam yatie - next time boleh buat roti gini pulak la...letak tuna mmg sedap kan.

    ReplyDelete
  10. alahai nmpk gebuss dan sedap la kak ti...tuna lak tak de stok..lambat lagi la boleh buat

    ReplyDelete
  11. gebuuuuuu nya roti tu..nak buat cam ni jugak lah..hehehe..hamka suka ye kak...

    ReplyDelete
  12. Kak Yatie, kena rajin2 ni baru Yus dapat meroti

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails