Monday, February 21, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi ni kita bf dngn kuih lapis pulak. Lama rasanya tak melapis dan menalam, asyik mengapam jek....dah mmng peminat setia kuih kukus2....rasanya tak sah kalau seminggu tu tak mengukus kuih/ kek. Jangan ada yg jemu ya...tuan rumah mmng suka kuih2 mcm ni. Kali ni saya buat kuih lapis kacang hijau yg menggunakan pelbagai jenis tepung termasuklah tepung kacang hijau. Mmng sedap dan tak rugi mencubanya. Saya pernah buat kuih lapis kcng hijau yg menggunakan kacang hijau yg di rebus terlebih dahulu. Kedua2nya sedap dan ada keistimewaannya tersendiri. Kawan2 bolehlah lihat di SINI. Pada peminat kuih lapis tu, bolehlah mencuba resepi ni. Terima kasih pada Akma yg sudi berkongsi resepi kuih lapis yg sedap ni, saya kopipes kat sini pulak ya.




Bahan-Bahan:
  • 250 gm gula pasir*
  • 1200 ml air*
  • 300 ml santan pekat*(* di masak dan biarkan suam)

  • 75 gm tepung kacang hijau (saya letak 100 gm sbb suka rasa kcng hijau lebih)
  • 85 gm tepung hoen kwee (putih)- saya guna 65 gm je
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-Cara
  1. Masak 400 ml air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 800 ml air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika. Saya alas plastik dan sapu sedikit minyak di loyang.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.

15 comments:

  1. Assalam..cantiknye lapis tu...mcm flat..pagi pagi wat bf sedap ..

    ReplyDelete
  2. salam.....
    nak order 3 ketul.....
    He3x.....

    ReplyDelete
  3. assalam yatie,akak baru ambik resepi kuih talam kacang hijau kat blog yatie ni..tiba2 timbul pulak resepi baru nih..en somi suka sgt kacang hijau tapi akak plan nak buat dlm acuan lompang tu jugak..anak2 akak kalau buat dlm loyang diorang tak makan,bila buat dlm acuan lompang tu habis licin..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam, Yus tak pnah lagi buat kuih2 lapis ni, selain kek lapis asam manis. Sebab tak sbr berdiang lama tepi dapur... hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Sesuai sgt le title yang CMG bagi kat akak ari tu. (lupa le n3 yg mana). Nampaknya saya kena bertapa kat umah akak untuk menuntut ilmu menalam. Hehehehe tapi saya ni malas nak melapis2 tu. Cama mana yea kak?

    ReplyDelete
  6. As salam yatie...kt umah nie dh lama x melapis...tinggal berdua nie..melapis kt kedai jer..hihi.tggu anak2 blk,br sonok msk mcm2!...Hb bkn minat sgt kuih2 lapis nih!

    ReplyDelete
  7. Smekom yatie...
    wowww... best nyer Kuih Lapis Kacang Hijau.. akak copy resepi kat sini yer yatie... mana lah tau bila angin kerajinan datang melanda.. boleh lah akak cuba buat...thankss

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie....waaah akak pun suka kuih2 lapis nih..nak buat jek malas sbb anak2 kureenggg....dulu penah wat versi Kak Liza...nnt akak nk try resepi ni pulak laaa...owh kalau guna loyang 8" ok kot eh...kukus akak comeyy jek, xleh loyang besar2..hehee.. *Yatie kalau buat kuih2 lapis...menjadi cantik jeek...geram tgk..

    ReplyDelete
  9. mas pernah buat kuih lapis kacang hujau akak..memang sedapp..resepi yang sama kan kak..

    ReplyDelete
  10. Salam yatie,
    Saya pun teringin nak melapis tapi asyik bertangguh je.

    ReplyDelete
  11. salam,
    lama tak makan kuih lapis,
    klo saya makan saya tanggalkan selapis2.. tak reti saya nak terus ngap..

    ReplyDelete
  12. sedapnye kak yatie...dh lama xmakan kuih lapis kacanh hijau ni..hehhehe...nak buat macam xrajin sgt lagi..mintak kak yatie punyala 5 keping...boleh????hehheheh....

    ReplyDelete
  13. Kak Yatie....dah sihat ke sekarang? adeh....tak tahan tengok kuih lapis kak ni...err, tpung kacang ijo lak takdak kat rumah ni..mintak yang kak yatie je la, bak sini sekeping dua...:)?

    ReplyDelete
  14. Salam Yatie,
    Wallaaaa kueh lapissss, lamanya tak makan, nak yang dalam pinggan ataih sekali leh...

    ReplyDelete
  15. akak kalau melapis dan menalam memang tabik spring la...cantik bangat..haha bila nk cun mcm ni yer....nk kena selalu buat agaknya tapi tu la angin rajin lum sampai lagi..tapi simpan resepi dululah yer..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails