Friday, February 18, 2011

Mini Pizza

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga anda semua sihat dan ceria di hari Jumaat yg penuh keberkatan ini. Pagi ni kita bf dngn mini pizza. Resepi boleh juga lihat di SINI, dan saya dah biasa gunakan resepi ni....hasilnya mmng memuaskan. Sebenarnya anak2 saya mmng gemar mkn pizza atau roti yg ada sosej ni...kalau buat roti jenis mcm ni mmng cepat laku...lagi pun membuatnya taklah rumit. Jom kita tngk bahan2 yg di perlukan. Pada kawan2 yg takde BM tu jngn risau ya...uli guna tangan pun ok, saya uli guna tangan je..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai dan ratakan.
  3. Sapukan sedikit sos cili/sos tomato...boleh juga sapukan sos prego. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Tabur mix vege, sosej yg di potong2, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

17 comments:

  1. sedap2...anak2 ida suka ni k'ti...gebuss jer nmpk

    ReplyDelete
  2. wah sedap ni kak yatie..kalau beli seketul ni dah berapa kan..baik buat sendrik jee...best best.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....
    Bestnye pepagi bf ngan pizza. Kak yatie saya ni belum bf lagi. Nak pi umah akak sekarang boleh tak?

    ReplyDelete
  4. @Ida Ddapur
    mmng sedap mini pizza ni...dulu suka beli kat Giant je..anak2 mmng suka...skrng tidak lagi...kalau anak2 nak je, akak terus buatkan...

    ReplyDelete
  5. bestnya pizza..anak2 mas suka tau...
    selalu gak mas buat...sedappkan kak..

    ReplyDelete
  6. @izahdaut
    betullah Izah, pastu suka hati kita nak letak topping bnyk mana....kita buat dia....kih3....

    ReplyDelete
  7. @Kak Sam
    wkmsalam, boleh je..mailah sini kita bf sama2 ya...akak tunggu tau...

    ReplyDelete
  8. yumm.. yumm... yumm.. pg2 kalo dpt mkn piza ni pun sodap.. :)

    ReplyDelete
  9. assalam..wah sedap tu bfast dgn mini pizza
    tp betul la yatie..kalau gi giant anak2 suka sangat beli mini pizza cam ini..skrg sume harga brg dah naik..buat sendiri lagi elok kan yatie..boleh letak topping bnyk2..

    yatie ada tanya pasal kuih lapis kcg hijau kan..sukatan air tu betul..1 cawan yg saya gunakan = 200 gm sementara gula boleh adjust ikut kesesuaian rasa manis yatie ya...thanks tolong ingatkan..

    ReplyDelete
  10. Morning, wah pagi2 dah jamu pizza. Untung ank2 akak dpt ibu rajin masak ni kan.

    Anyway, salam kenal drp mekar(sya bukan dr blog masak2) http://mymekar.com

    ReplyDelete
  11. Kak Yatie.. mmm sedap n gebus.. bila wat sendir berapa byk n macam2 blh bubuh fuh sedap...

    ReplyDelete
  12. assalam yatie...terliurnya,tapi ima rasa tak berani nak cuba takut tak naik uli guna tangan...berapa lama nak uli guna tgn ni...teringin nak cuba,anak2 mesti suka...

    ReplyDelete
  13. pandainya buat piza..
    bila la akak nak rajin mcm yatie..hehe

    ReplyDelete
  14. anak2 memang suka piza ni..kita pulak malas nak menguli pakai tangan..bm dah kong..lain kali yatie buat lebih poslah sikit kesini..hehe

    ReplyDelete
  15. assalam kak...ni fav saya ni...suka sgt...rajinla akak menguli guna tgn tabik la ...tapi dulu sebelum ada bm pun saya buat pizza uli tgn juga...sekrng dh ada bm nk senang jer..hehe

    ReplyDelete
  16. sampai sekarang saya tak pandai2 buat piza,
    yati, boleh cadangkan piza mana yang pasti jadi dan mudah ( uli guna tangan )...saya nak cuba buat...

    ReplyDelete
  17. Salam..izinkn sy cbe resipi ni..halalkn ye..
    Klau bread improver dgn bread softener tu xd xp ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails