Thursday, February 10, 2011

Ayam masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah makan ke belum? Hari ni saya masak ringkas je ayam masak lemak cili api. Masak lemak ni tak lengkap kalau takde ikan masin. Jadi saya goreng ikan masin dan di gandingkan dngn ayam lemak cili api ni, saya tumis sayur campur utk anak2. Saya kopipes resepi dari K.Liza FP kali ni, resepi ni mudah dan ringkas, terima kasih pada penyumbang resepi.


Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam [buang kulit & potong kecil]- saya guna 1 ekor ayam
  • 3 biji kentang [belah 4]
  • 1 helai daun kunyit [koyakkan]
  • 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • garam dan sedikit gula
Bahan Mesin Halus
  • 20 tangkai ciliapi
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 2 tangkai serai
  • 1 cawan air
Cara Menyediakan.
  1. Masukkan semua bahan kisar kecuali santan pekat dalam periuk dan masak sehingga ayam dan kentang lembut.
  2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendidih semula. Masukkan daun kunyit
  3. Rasakan garam dan tutup api. Saya tambah sedikit gula.
  4. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin...mmng menyelerakan.

11 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Sedapnya. Sat gi saya pi umah k yatie bawak mangkuk yea.

    ReplyDelete
  2. assalam kak, ini yang tk tahan nengok ni...memang menambah nasi kalau kena ngan masak lomak ni...adehhh terliur la kak..tapau juga semangkuk...hehehe

    ReplyDelete
  3. salam yatie
    sedapnya ayam masak lemak cili api tu....tambah lagi nampak kentang tu...bila pekena ngan ikan masin memang sedap kan! lama betul tk mkn masak lemak mcm gini

    ReplyDelete
  4. salam...
    mai nak hantaq ikan nie....

    ReplyDelete
  5. lapar lah pulak... pedas tak tu?

    ReplyDelete
  6. yatie,..masak lemak cili api..memang kegemaran akak ni..

    ReplyDelete
  7. Assalam, yatie,
    wah lauk lemak padi ni my 2nd son's favourite..
    kalau masak lauk ni dia boleh bertambah nasi 3-4x.. suka betul dia..nak tumpang makan kat sini, lah..kita bawa sekali anak kita ni..hehe..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yatie...

    Kak Lin Masih Kat Ofis Belum Makan Tghari...Bila Singgah Umah Yatie...Yatie Hidangkan Dg Ayam Masak Lemak Cili Padi....Sedapppnyaaaa...

    ReplyDelete
  9. salam kak....
    sedapnyer lauk ayam tuh! hubby kiter suka sgt lauk gini...,

    ReplyDelete
  10. sedappnya masak lemak...peberet family mas ni....

    ReplyDelete
  11. kalo pkai kunyit serbuk leh x?xde la kunyit hidup...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails