Tuesday, February 8, 2011

Belebat / Lepat Pisang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang ni saya buat belebat pisang. Masa blik kampung tempohari, saya ambil daun pisang ni belakang rumah mak, dlm kepala masa tu dok fikir macam2 nak buat dngn daun pisang ni. Selepas masak tadi saya buat belebat pisang merangkap utk minum petang sekali. Kuih ni mmng kegemaran kami sekeluarga. Terdapat banyak versi belebat pisang ni, ada yg suka letak kelapa parut kat tengah2 tu..tapi saya lebih suka letak santan je dan di gaul bersama. Saya lebih suka rasa lemak dan pisang yg banyak tu membuatkan belebat pisang ni sungguh sedap. Ok jom kita lihat bahan2 yg di perlukan utk membuat belebat pisang ni..Pada peminat kuih belebat pisang tu, bolehlah mencuba resepi ni.




Belebat Pisang
Sumber: Yatiememories

Bahan-bahan (dpt 25 keping kuih...bergantung saiz kuih)
  • Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
  • 30 biji pisang kapas- dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yg telah di lenyek)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
  • 1 1/2 cawan tpng gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan santan pekat
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Layurkan daun pisang secukupnya- utk resepi ni saya dpt dlm 25 keping kuih.
  2. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/ gula merah dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
  5. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
  6. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
  7. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

25 comments:

  1. salam yatie...belebat nie cam lepat gak kan?cuma xguna kelapa parut cuma santan jer yer..nampak sedap tuh!

    ReplyDelete
  2. akak, mas datang nak makan belebet pisang tu....
    mas tak pernah makan lagi...rasanya macam lepat pisang ke....he..he..
    first time dengar nama belebat pisang ni...

    ReplyDelete
  3. nostalgia ni kak....sedap ni...teringat masa kecik2 mak selalu buat belebat ubi... nmpaknya lepas ni kena belajar2 la buat sendiri, hehehe...

    ReplyDelete
  4. sedapnya belepat pisang tu..dh lama x mkn ni..kak atie antar kt cni sikit..hehe Ok..msk list..mesti buat nih..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Kami panggil lepat pisang. Bestnya. Dapur kak yatie ni memang mengancam sungguh le. Hisshhh tambah lagi le senarai homework saya.

    ReplyDelete
  6. yatie.... sedapnya. rasa macam nak g mintak jer!

    ReplyDelete
  7. assalam yatie...ima suka kalau belebat pisang ni...wahhh rajin betul yatie lepas balik dr kg ni...berderet2 menu...ada lagi tak...hihi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Yatie..kalau kat utara memang lepat pisang macam ni letak santan, bukan kelapa...

    ReplyDelete
  9. salam....
    mm....nak 3 ketoi...
    lama tak makan sejak dok kat sabah nie..

    ReplyDelete
  10. As salam yatie,
    lama dah tx makan kuih ni...ada lagi ke?

    ReplyDelete
  11. salam Yatie,...
    alamak belebat pisang la pulak.... sedapnyer!!! rumah sebelah ada kosong tak yatie?? ita nak pindah lah... dok dekat sikit senang ulur pinggan... hihi

    ReplyDelete
  12. belebat dgn lepat sama tak yatie?tgk bahan2nya cam sama kan?..ni akak bawak masak lemak utk yatie..hehe

    ReplyDelete
  13. pisang kite baru abis wat cipon tadi... kene tunggu stok baru tp bungkus daun apa yer?? hihihihi..... sedap la kak... tingat mak kiter ... huhuhu

    ReplyDelete
  14. Salam Yatie..pisang tak der kat rumah..maknanya bole tengok jer la...kalau ada lagi nak gak sikit..

    ReplyDelete
  15. salam yatie suke dengan lepat pisang pebret ni

    ReplyDelete
  16. Yatie, lepat pisang mcm ni mmg sedap, tambah ada santan kat dalam. Takyah letak kelapa parut lagi kan..Kalau dapat kat akak ni 3 ketui baru cukup...haha

    ReplyDelete
  17. kak yatie, mlm2 singgah dapur akak ni....lapar la kak nengok lak lepat pisang kesukaan saya ni...adehhh nk blk tidola...hehe

    ReplyDelete
  18. mie suka belepat pisang nih...family pun suka...selalu makan yang beli je sebab xberbakat nak buat...hehehhehe...ade lagi x kak yatie???? ingat nak mintak la 6 nak buat bf...hehehhehhhe

    ReplyDelete
  19. Selalu Yus panggil lepat, 1st time dengar pkataan belebat tu... kena masuk dalam kamus ni...

    ReplyDelete
  20. febret aku ni,,dlu tok aku ada selalu dia buat,,tp la ni nk mkn beli ja kat p.mlm
    salam,,,huh penatnya berblogjoging,,,http://easywinpoker.blogspot.com http://tengokdvd.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. kemas je kuih lepat akak ni..memang mcm mcm versi..ada inti la kan..tapi mak slalu buat yang mcm ni aje...sedap kalau pisang banyak2..wooww

    ReplyDelete
  22. Sedap kak yatie..teringat lepat mak..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails