Thursday, July 8, 2010

Kuah Kacang Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak nasi impit dan kuah kacang bersama daging. Resepi asal adalah kuah kacang bersama ayam, tapi saja saya tukar sbb saya dah rebus daging di dapur....jadi terpaksalah ditukar bahan asalnya. Resepi ni saya dapat dari rakan di FB iaitu Noraini Chikni...mmng sedap sangat kuah kacang ni bila di makan bersama nasi impit. Kalau di Malaysia, saya rebus je ketupat adabi....di sini saya masak nasi impit sendiri. Alhamdulillah mmng sedap kuah kacang ni. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan. Minta maaflah sebab saya ada tokok tambah sedikit ikut citarasa sendiri.



Bahan-bahan:
  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • Sedikt air asam jawa
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
  5. dikacau sekali-sekala.
  6. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  7. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  8. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  9. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. ( me n my hubby klu kuah kacang nie suka rasa manis2 sikit...pedas2 manis lah gitu...)

12 comments:

  1. ini sah sah sedap/..warne pun mewah...nk try gak nak try gak...hehe..sokmo nak try..tapi buatnye tak juge..eeeiiiiisss sedap tul lah nmpk tuuuhhh..

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    akk pn suka sambal kacang yg manis, masam n pedas.
    nasi impit ni klu ada kuah lodeh lg sedapkan. akk tak pandai le masak nasi impit, dulu arwah mak time yasinan slalu buat utk jamu org mkn dgn geng2 yg lain. rindunya ms tu.

    ReplyDelete
  3. salam yati...mcm dah terliur2 akak tengok kuah kcg daging yati. sedap!!!

    ReplyDelete
  4. k yati.. u r superb selero den nengok haa...

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie, sedapnya tengok nasi himpit ngan kuah kacang tu. Terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie,,sedapnya,mas nak rasa sepinggan boleh..lapar ni..

    ReplyDelete
  7. adeh bila pulak nak cuba ni...mmg nampak pun tahu sedap...yatie.

    ReplyDelete
  8. tak tahan tengok nasi impit ni......nyammmm

    ReplyDelete
  9. Izah=> mmng sedap, bila teringin tu...bolehlah cuba.

    Kak Anis=> wkmsalam, mmng sedap kak, kalau anak2 suka ada sayur lodeh...yatie pula suka mkn yg kering2....arini saja nak mkn dngn kuah kacang daging....sedapnya kak...

    Ain=> wkmsalam, bila sesekali mkn mcm ni..mmng sedaplah kak.....

    ReplyDelete
  10. PearlnScarf=> terima kasih Fiza...

    Kak Aidah=> wkmsalam, mmng sedap kak kuah kacang daging ni....cubalah..

    Mas=> wkmsalam, boleh je....jom makan kat umah akak je....sedap ni....hi3...

    ReplyDelete
  11. Lina=> bila free dan teringin tu, bolehlah cuba masakan ni...mmng sedap...

    Matahari=> apa lagi ditunggu....pergilah buat Ana...jngn lupa jemput yatie ya....hi3..

    ReplyDelete
  12. mmm...rasanya raya nanti,leh buat sendiri kuah kacang sedap!!!Azie , kalau masak x berapa pandai. bakery boleh lah!! Tapi kat sini macam2 ada nanti minta izin copy leh tan rumah???

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails