Friday, July 16, 2010

Ikan Masak Singgang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak simple je...maklumlah busy sangat. Acara masak2 tetap berjalan seperti biasa walau sibuk macamana pun. Oklah resepi saya C&P je dari Hana, dan Hana pula ambil dari Mat Gebu. Masak singgang ni simple je bahan2nya tapi saya kesuntukkan masa nak menaip di sini....so jalan terbaik adalah C&P je. Terima kasih...


Bahan-bahan
  • 3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan (ikan lain pun boleh..)
  • 1 liter air (nak lebih boleh tambah)
  • 1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1 inci halia, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
  • 1 helai daun kunyit, ( daun kesum pun boleh..)
  • 8 biji cili padi merah, diketuk
  • sedikit belacan(saya tambah..sedap..)
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa(letak gula sedikit..)
  • tomato@bendi
Cara-cara
  1. Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
  2. Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!

10 comments:

  1. akakkk..sedapnyerrrrr! bismillahirrohmanirrohimmmmmmm...... (pssttt padahal baru memboncitkan diri ngan nasik sepinggan! hahahaha)

    ReplyDelete
  2. salam yatie. kakchik pun nak masak singgang la hari ni. cepat tapi sedap. kuahnya tu yang kakchik suka hirup.

    ReplyDelete
  3. wah menu simple hari ni...sedap nampak tu segar je..selamat mengemas ye kak yati

    ReplyDelete
  4. ari ni tensionnn,mas nak hirup kuah singgang tu sampai abis...hu..hu..tima kasih ye kak...baru la lega hati mas akak cakap macam tu, ingatkan dah tak boleh buka blog dah...harap2 penantian mas ni cepat2 berakhir...

    ReplyDelete
  5. mmm lauk yang nyaman ditengahari.. berpeloh cek menghirup... nak tambah lagi he he he he

    ReplyDelete
  6. yatie...ai ingat masak singgang tak byk bahan..tapi byk gak eh..nanti nak kena gak cari lengkuas & kunyit hidup yg tak pernah ada dalam esbok tu..tumpang makan jer lah yatie ya...

    ReplyDelete
  7. salam kenal dan akak singgah disini..masak singgang yang orang kata mudah..tapi dah puas akak buat ikut resepi..belum lagi menepati selera rumahtangga..

    ReplyDelete
  8. Hana=> mailah kita makan sama2...hi3...

    Kak Chik=> wkmsalam, mmng sedap lauk yg ringkas mcm ni...uwaa sedap tu lauk kakchik hari ni...

    Izah=> akak mmng suka lauk2 mcm ni...cuma kat sini payah sikit nak dpt ikan mcm kat Msia...mackerel bnyklah...

    ReplyDelete
  9. Mas=> sabar ya...kalau kita tak usik apa2 sngt....boleh pulih dngn sendirinya....tapi kalau kita tersalah klik, hai susah sikitlah....apa pun tunggu dan lihat ya...Mas masak je bnyk2, nnti dah ok...n3 bnyk2...hi3...

    Erma=> mailah tambah nasi dan lauk sekali....sedap pulak mkn sama2 ya...hi3..

    Yat Maria=>

    ReplyDelete
  10. Yat Maria=> kalau ada semua bahan2 tu, rasanya mudah je...tapi mmng sedaplah lauk mcm ni...

    Kak Erna=> wkmsalam, terima kasih kak sudi singgah...ramai orng cara berbeza2 masak...kalau sudi akak boleh cuba resepi ni..insyaAllah sedap.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails