Wednesday, November 16, 2011

Nangka Masak Lemak Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi tadi saya ke pasar, macam biasalah teruja betul kalau nampak sayur kampung. Tak sabar nak beli dan cuba masak macam2. Tapi biasalah sayur mcm ni tak tahan lama kat peti ais. Jadi saya pun kurangkanlah membeli sayur2an kampung ni, nak elakkan pembaziran. Sebelum ni beli apa yg nampak depan mata. Pucuk ubi, pucuk manis, pucuk keledek, paku pakis, pucuk labu dan segala macam pucuklah...termasuklah nangka muda dan pisang muda ni. Sampaikan dlm seminggu tu, sayur2 kesayangan tu dah layu dlm peti ais. Sayang betullahhh...last2 terbuang begitu saja. Seronok betul kalau apa yg di hajati tercapai.

Tapi tulah..takkan minggu tu asyik nak masak masakan kampung je....cian pulak kat anak2. Diaorang siap tanya asyik sayur yg mama dan abah suka je. Mana sayur kegemaran diaorang. Lagi2 Hamka tu, cerewet sikit....dia suka makan brokoli, carrot, cauliflower dan kacang panjang. Kalau tomato tu 2 biji dia sorang je yg makan. Hamka mmng suka makan buah tomato mcm gitew je. Kalau jumpa tomato ceri lagilah....macam makan anggur di buatnya. Satu bekas tu, satu hari je dah abes. Klakarlah Hamka ni...tak kisahlah, asalkan dia suka makan buah dan sayur2an. Kadang2 tu saya beli buah tomato 1 kg khas utknya saja utk 1 minggu. Seronok tngk dia makan mcm gitew je.

Oklah, kali ni saya masak nangka muda lemak putih je. Makan dngn ikan goreng, ikan masin dan sambal belacan....fuhhhhh sedap betulllah. Maunya bertambah2 nasi dan lauk. Bukan selalu dapat makan sayur nangka muda ni. Haiiiii bila citer ni, perut terus lapar lagi..nampaknya lepas ni nak kena makan lagilah..hah3..teruk betullah. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan akak kopipes resepinya kat sini ya buat rujukan. Esok akak nak masak jantung pisang pulak macam yg Che Mat buat tu. Eeeee... tak sabar rasanya. Jomlah kita semak resepi nangka muda lemak putih ni.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda, potong kecil dan rendam
  • 1 liter santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Garm secukup rasa
  • Secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan nangka muda (toskan) ke dalam periuk bersama bawang merah hiris, bawang putih, serai titik dan juga udang kering, gaul rata.
  2. Tuang santan cair hingga nangka tenggelam, kalau kurang tambah air.
  3. Masak hingga mendidih, renihkan hingga nangka lembut.
  4. Tambah daun kuyit dan pati santan. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula, kalau nak guna serbuk perasa pun ok.
  5. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  7. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin@ikan goreng....

10 comments:

  1. salam ziarah kak yatie..Apa khabar?

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak..lama betul saya tak makan gulai lemak putih ni...

    ReplyDelete
  3. Aduhai.. dpat plak di mkn dgn ikan masin.. tak pyah lauk lain pun tak pa.. jadi lapar plak hehe ;)

    ReplyDelete
  4. makan ngan ikan bulu ayam syok ni kak yatie

    ReplyDelete
  5. Sana sini lak org masak menu nangka muda...tadi kat rumah Kak Paty ...ada kerabu nangka...kat sini nagka masak lemak putih...fav kak cek ni...ada lak sambal belacan ngan ikan masin jeruk tenggiri...fuhhh...mau betambah nasi dalam pinggan...sedapnya...:D

    ReplyDelete
  6. wahhh sedap masakan kampung akak ni..kalau dok jauh kat oberc ni lagi ler teliur nengoknya kak...tapi kalau saya dok Mesia tak adala kesah sgt..ishh sabar jerla..hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak yatie cayang...
    dah lama diana x makan nangka masak lemak putih gini... biasanya mama diana yg akan masak gini.. mmg sedap tambah2 lg air tgn mama kan akak... nie tgk akak tayang nie teringin nak makan.. nak cari nangka nnt minta mama masakkan.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamyalaikum ,
    Nampak sedap masakan kampung kali ini. Masakan orang lama...teringat pada arwah atok bila nampak lauk camnie. Tambah pula ada ikan masin dgn sambal memang sedap sangat.

    ReplyDelete
  9. Assalam yatie, lauk ni kena dgn samabal belacan goreng ikan masin memnag tak boleh agss..ler.. bertamabah2 nasi kita makan..

    ReplyDelete
  10. Assalam kak...lama saya tak jenjalan ke sini...suke sangat tengok akak masak macam2 utk family :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails