Wednesday, November 9, 2011

Pari Lemak Cekur Bersama Terung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan pari lemak cekur bersama terung. Masakan ni lebih kurang macam ikan masak pecal je. Kalau orang jawa mmng cukup suka dan sinonim dngn pecal ni. Sebut je pecal, mmng dah tau daaa apa dia. Pecal juga boleh di makan dngn sayur2 yg di celur dan di tambah kuah kacang. Sebelum ni saya masak pecal ikan, ramai pula yg keliru, tapi itulah, dah namanya pecal..nak buat macamana ya.. Kalau nak tau macamana rasanya, bolehlah mencubanya..mmng sedap. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan- Bahan

  • 2 potong ikan pari
  • 1 btng terung panjang (belah 2 memanjang, pastu potong 3, belah tengahnya tapi jngn sampai putus hujungnya)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun cekur (hiris halus)
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • minyak utk menggoreng ikan.
Bahan tumbuk
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji ubi cekur
  • 20 biji cili padi merah (cili ni di tumbuk kasar je)
Cara Memasak.
  1. Bersihkan ikan pari, cuci dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan goreng sehingga masak dan ketepikan.
  2. Goreng terung sehingga masak dan ketepikan juga.
  3. Satukan bahan2 yg di tumbuk ke dalam periuk. Masukkan santan cair, asam gelugor dan biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan pari dan terung yg telah di goreng tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  5. Masukkan hirisan daun cekur dan gaul lagi. Biarkan mendidih sambil di gaul.
  6. Bila dah cukup rasa, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan.

7 comments:

  1. kak yatie..

    aummmmmmmmm... mmg betul2 johorian... jawa ko, ahaksss..
    ayu sangat suka menu nie, tapi tulah kan.. masak jer, makan idak..

    kalau curi2 makan, kasihan pula kat en zalie.. hehehe

    ReplyDelete
  2. selalu juga dengar resepi ini dipanggil pecal, tapi keluarga kami dan orang kampung panggil pecak pula, sebab kalau pecal tu yang banyak sayur kuah kacang, agaknya lain tempat lain namanya ye yatie... apa pun Amie memang suka sangat resepi begini, aroma cekurnya menambat selera!

    ReplyDelete
  3. rindu merasa masakan ini. masakan dari arwah emak.
    memang tradisional & asli. masih ingat rasa cekurnya.

    ReplyDelete
  4. As'salam Yatie

    Selamat pagi..menyelerakan lauk yatie ni, tapi k.ct memang tak pernah makan lauk ikan masak ala2 pecal ni. nama jer orang Johorian kata ayu kannnn..hahaha. padahal kat kg tu sebelah2 semua orang jawa dok berhimpun tapi tak pandai makan..hehehe. mesti sedap sebab ada aroma daun cekur tu juga, bolehlah belajar masak cara2 oarng jawa deangan Yatie nanti :D

    ReplyDelete
  5. bestnya resepi ni. selalu ikan pari hanim masak taucu dengan asam pedas jer .... boleh cuba nih .....

    ReplyDelete
  6. Salam

    Duhhh...enak banget masak camni. saya memang suka ikan masak pecel. Perghhh aroma daun cekur tu..Kalo jawa area selangor ada yg cakap iwak masak kencur selain panggil pecel ...hehe..tapi daun cekur ni buat ulammm..emm ammpunzzz enakk.itu pasal umah saya banyak pokok cekur... :)

    ReplyDelete
  7. as'salam..

    BW disini...jumpa sayur cekur manis..dah lama x makan....buat masak lemak ngan labu...makan ngan ikan kering goreng + nasi panas2...sedappnya..

    belum pernah try masak ngan pari...insy..boleh letak dlm waiting list utk dicuba. terima kasih berkongsi resepi :)

    p/s : nama kita sama.... ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails