Friday, November 25, 2011

Ikan Siakap Kukus Halia

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Lama rasanya tak makan ikan kukus. Hari ni saya masak ikan siakap kukus halia. Bila menu ikan siakap, dalam kepala ni dok fikir nak di bakar atau di kukus. Biasalah kalau makan2 kat luar, mmng inilah menu wajib di order. Kadang2 tu masakannya tak menepati citarasa kita, dlm kepala dok fikirlah nak wat sendiri. Jadi hari ni saya masaklah ikan siakap kukus halia resepi dari Wana. Resepi ni mudah je, hiris bahan2 pastu campur semuanya dan terus kukus. Bila siap dah boleh makan, takyah tumis2 dan bersihkan dapur...mudahkan, yg penting sekali ianya sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni....mmng best.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
  • 2 inci Halia – di hiris halus
  • 3 biji Bawang merah – di hiris halus
  • 2 ulas Bawang putih – di hiris halus
  • 10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
  • daun ketumbar (dihiris)
  • daun bawang
  • 1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
  • 2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
  • 1 biji Air limau nipis
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Kicap Cair
  • 1 sudu kecil Gula
  • 4 sudu besar Air
Cara penyediaaannya
  1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
  2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
  3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
  4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

9 comments:

  1. sedapnya tgk ikan ni kak..suka buat ikan kukus gini gak..selalu buat ratah gitu jer:)

    ReplyDelete
  2. Sedapkan Yatie ,lamanya tak masak ikan kukus

    ReplyDelete
  3. Salam dan Salam Maal Hijrah 1433H.
    Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Wah, amat menyelerakan. Mesti nak cuba buat lepas nih.

    ReplyDelete
  4. pandai masak.. saya nak share resepi boleh ye. tq puan yatie~

    ReplyDelete
  5. sedapnya yatie... lama tak masak ikan kukus ni... masa masak hari tu masih teringat2 kesedapan masakan ni... lebih2 lg kalau dapat ikan fresh yang manis lagi soft isinya....makan pulak dgn nasi panas.... Fuhhhh!!!

    ReplyDelete
  6. I nak try buat la..nmpk cam cedap giler..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah share resepi. Dah try td hasil memancing semalam dpt 5 ekor siakap. Memg sedap ikut resepi ni. Boleh buat lagi.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails