Friday, November 11, 2011

Bingka Ubi Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi kuih bakar/bingka ubi pandan. Biasanya kita makan bingka ubi gula merah, gula melaka ataupun yg warna kuning tu, kali ni kita cuba pula yg di letak perisa pandan. Kalau dah namanya kuih yg berkaitan dngn ubi, mmng pastinya sedap...letaklah perisa apa pun..mesti sedap punya. Saya ni mmng peminat setia kuih yg berkaitan dngn ubi, cuma kadang2 tu sukar utk mendapatkan bekalan ubi. Kebetulan saya balik kampung aritu,jadi dapatlah ubi yg segar dari kebun. Ubi ni sedap juga di rebus ataupun di goreng, terasa lembut dan lemak sangat. Kalau dapat ubi yg mcm ni mmng berbaloi betullah....

Ok, kali ni saya buat bingka ubi pandan ni resepi dari Bro Rozan. Sebelum ni nampak juga di rumah MamaHawa dan juga AlongRoz. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-Bahan (loyang 10x10x2 inci)
  • 1 kg ubi yg telah di parut (perah dan buang semua kanjinya)
  • 500 ml santan pekat (santan kotak)
  • 150 ml air
  • 250 gm gula
  • 4 biji telur –kacau sedikit
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (utk mendapatkan warna hijau yg lebih menarik)
Peraturan :
  1. Satukan ubi parut dan gula dalam sebuah mangkuk besar lalu masukkan minyak sapi dan telur. Gaul rata bahan-bahan ini.
  2. Kemudian masukkan santan, pes pandan, air, garam dan pewarna kuning. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang berukuran 10 inci. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 200/220 darjah Celsius. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

16 comments:

  1. kak yatie..bestnya..selalu makan bingka ubi yg kaler oren jer,nie kaler hijau.ada rasa pandan lg best2

    ReplyDelete
  2. Kak cek memang suka buat bingka ubi pandan...memang sedap...tapi kak cek buat tak letak telur pun...sedap gak hasilnya...:D

    ReplyDelete
  3. suka warnanya....pasti sedapkan..

    ReplyDelete
  4. niat pentang ni memang nak wat bingka ubi yang biasa tu..tapi bila tengok yatie buat...terus bancuh dan tengah bakar la ni... esok baru boleh rasa...

    ReplyDelete
  5. sedap pulak nampak kuih ni...biasanya izan tak suka sgt...

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak!...lum pernah buat lagi bingka warna hijau ni...Hamka sure suka ni...hehe

    ReplyDelete
  7. lawa jer kaler hijau kuih bingka ubi nih...
    menggoda mama tgk..hehehe

    ReplyDelete
  8. Cepat nya Yatie dah buat pula ya. Rasa cam tak puas makan buat hari tu....kasi sikit boleh?

    ReplyDelete
  9. Kak Yati,sy pon suka sgt kalo bingka ubi,tapi nak parut tuh yg malas..Sy wat bingka keledek jer rini kak..Dasar malas kan,tapi sedap juga,hihi..

    ReplyDelete
  10. ermmmm..kena cari ubi lah kat pasar tani esok ni nampaknya yatie..yatie dah goda akak kaw2 punya dgn kehijauan kuih bingka ni tau..nampak lemak sgt..:)))

    ReplyDelete
  11. ini febret Cm ni.Hari hari makan binka ubi ni takkan jemu:)

    ReplyDelete
  12. lawanya.... lama tak beli ubi, teringin pulak nak makan bingka....adeeehhh

    ReplyDelete
  13. cantiknya bingka k.yatie nih...ku lihat hijauuuu...

    ReplyDelete
  14. Salam Yatie. HAri ni akak ambil resepi Apam pisang coco. TApi akak buat belang2. Cepat sikit masak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails