Monday, March 18, 2013

Ayam Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak menu ayam yg ringkas tapi sedap. Mula2 nak goreng je ayam ni, tapi tukar fikiran nak tambah lada hitam pulak. Teringat masa berpantang dulu, lauk yg ada lada hitam ni mmng kerap sangat. Kali ni tekak ala2 berpantang jugalah. Kalau teringin tu, bolehlah cuba resepi mudah ni..mmng sedap.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 2 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus
  • 2 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air
Cara Menyediakannya.
  1. Ayam di bersihkan, cuci dan toskan. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  4. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkan dan hidangkan.
  6. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

12 comments:

  1. Mintak sepiring kak yati...sedap sungguh

    ReplyDelete
  2. adoi...sedapnye ayam tu.terliur lak

    ReplyDelete
  3. kak yati selera je tengok..masak simple gini dap kan..mau tambah nasi nye..

    ReplyDelete
  4. Mak Alia pun masak menu ni hari ni :D

    ReplyDelete
  5. adoiiii sedapnya ayam ni tengok gambar je dah menitik air liur belum lagi makan tu Yatie boleh simpan resepi akak nak test jugak ni

    ReplyDelete
  6. aduhh... tengok lauk yatie masak ni terus kecur dibuatnya.. haritu dah test resepi ikan masak asam lada hitam.. kali ni ayam pula... nnt akak cuba ye.. nampak sedap sungguh.. mmg suka lauk yg ada black pepper gini.. tq ye sharing

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie cayang....uiisshh kecur air liur tgk....nampak mmg sangat sedap...akak pun ada terfikir2 nak makan masakan yg letak lada hitam camni...jadi xyah fikir panjang laaa, terus cilok resepi Yatie la nnt...tqq Yatie...muuuaahh!

    ReplyDelete
  8. Salam. Alhamdulilah dah buat untuk iftar hari ini. memang sedap!! Terima kasih di atas resepi...

    ReplyDelete
  9. Salam. dah cuba resepi ini untuk iftar. memang sedap!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails