Wednesday, April 17, 2013

Kuih Lapis Comel Perisa Pandan- Kegemaran Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi buat kuih lapis comel perisa pandan ni gara2 menepati janji pada Hamka yg nak makan kuih lapis hijau. Sejak buat kuih lapis comel 1 Malaysia aritu, dia asyik tanya je, kenapa mama tak letak warna hijau...pewarna kuih mama dah habis ya..sebab tu mama guna warna lain ya....adoyaiiiii..memandai je Hamka ni. Padahal mamaNya saje je nak buat kuih warna bendera Malaysia, sebab tu tak letak warna hijau. Bila dah terangkan padanya, barulah dia faham...maklumlah peminat setia kuih/kek hijau. Kali ni mama dia buat tak letak warna lain dah, khas utk Hamka, kuih lapis hijau...kalau tak makan siap dia...he3.
Alhamdulillah mmng Hamka suka kuih ni, kena plk letak dlm acuan yg comel ni...Hamka siap tanya lagi....Comel Tak Hamka?....he3...saje je taw...ni gara2 tngk iklanlah ni... Pada yg berkenan tu, bolehlah cuba resepi mudah ni...jom semak resepinya...





Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • perisa pandan dan pewarna hijau
Cara Penyediaan
  1. Satukan kedua2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan ke dlm 1 bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je. 
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
  5. Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 10 minit ).
  8. Setelah masak, angkat dan sejukkan..
** Kalau guna loyang, gunakan loyang 7x7x3inci. Seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuangkan adunan pertama dan kukus selama 10 minit diikuti adunan seterusnya, Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.

13 comments:

  1. assalam kak yati
    sy pun suka kuih lapis he heee comel2 gini lg suka
    kaler pun cantik hijau daun...

    ReplyDelete
  2. sukanya tengok kuih lapis kak yati..macam2 bentuk ada..

    ReplyDelete
  3. kalau saya, mesti buat kaler purple, hehe

    ReplyDelete
  4. kalau anak2 Liza tgk kuih2 comel cmni kompem diaorg suka...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak yatie..
    cantik sgt kuih lapis dr kak yatie..bermcm2 jenis plk tu..suka sngt..nty esok pagi bole try unt sarapan..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak yatie..
    cantiknya kuih lapis dr kak yatie...
    mcm2 jenis ada..
    esok pagi boleh la Cek Ah try unt sarapan..
    suka sgt dgn resepi2 dr kak yatie..moga2 boleh jadikn rujukan..

    ReplyDelete
  7. Cute miut kuih lapis Yatie... cumiL banget

    ReplyDelete
  8. amboiiii yatie.. rajinnya melapis.. lawa plak tu...
    hmmm sedapnya manis2 dah rasa kat tekak ni.. ala2 tengah makan kuih ni..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yatie cayang ooiii...amboiii comeeyynya kuih talam mini ni...cantik ijo putih...pandai Hamka paksa mak dia wat lagik...hehehe. Sebab maknya rajin, tu pasal dia suh buat lg kan...kan..

    ReplyDelete
  10. salam kak Yatie...hari-hari ada je kuih baru...rajin tul mama hamka ni..ni dtg nk skodeng kuih talam labu.ada tak kak Yatie? tumpang lalu tuan rumah..macih..macih

    ReplyDelete
  11. Salam yatie...nampak cantik & menarik kuih lapis yg mmg comey cam tuan yg buat dia.(^_^)

    ReplyDelete
  12. comelnya . nak cubalah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails