Monday, April 22, 2013

Gulai Nangka Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ingat lagi tak semalam saya pergi pasar tani? Kalau pergi pasar tani ni, mmng puaslah dpt beli sayur kampung. Seminggu ni mmng makan sayur kampung jelah. Ini adalah salah satunya, sayur nangka . Kali ni masak nangka berempah di campur ayam muda sekali. Mudah je menu ni, ada ayam dan sayur sekali. Buat Hamka saya gorengkan ayam je, pastu masaklah sayur lain. Kalau tidak, mmng mcm2lah di tanyanya sampai tak boleh nak jawab. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi ni. Akak kongsikan resepinya sekali lagi kat sini ya. Sebelum ni pernah masak di Sini.



Bahan-Bahannya

  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar
  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Cara Memasaknya
  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga ayam separuh masak. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

7 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie cayang...waaah dah terjangkitss dah kat dapur dia eh...hari tu pun akak tgk kat dapur Mat tu....ngencess kemain lgk...kalau ada depan mata, maunya akak ratah2 nangka tuh...alahaaaiii, xleh beriya tgk, kang batal pose akak...hehe

    ReplyDelete
  2. xleh nk komen ape sbb ct xpenah mkn nangka muda...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kak!!
    Sedapnya..
    Lapor dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. mas suka sangat gulai nangka....
    sedapnya tengok..


    kak...
    tahniah..
    makin cantikkk pic

    ReplyDelete
  5. Aslmkum Yatie
    dah lama tak mkn gulai nangka...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails