Tuesday, April 30, 2013

Sotong Masak Paprik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, terasa rindulah pulak pada kawan2 semua.Sebenarnya saya sibuk sangat, hinggakan nak n3 pun tak sempat je. Hari ni saja nak kongsikan resepi sotong masak paprik yg sangat mudah dan semestinya sedap. Biasanya kita dengar ayam paprik je kan, kali ni kita cuba pula sotong paprik...mmng sedap..puas makan taw. Anak2 mmng suka sotong, bila maknya masak mcm ni puaslah diaorng makan. Kalau beli tu, boleh di kira berapa potong je sotongnya. Bila masak sendiri...hahhhhhh...takyah potong2 sotong tu, biar sekor2 je...Kalau anda peminat sotong dan binggung nak masak apa, bolehlah cuba resepi dari Mutiarazura ni. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan
  • 600 gm sotong- bersihkan, cuci dan toskan
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)
Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan sotong dan gaul rata.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

9 comments:

  1. Sedapnya kak...x pernah lagi try masak paprik ni selain ayam dan dgg...pasni boleh la cuba masak paprik plak...=)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yatie..

    Em, sedapnya sotong tu..favourite ni..kalau makan rasa x ingat sekeliling..hihi..

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Kak Yatie..laamnya tak singgah menempel sini..hehe
    sedapnyaaa...lapar nasik..lapar nasik..ahahaa

    ReplyDelete
  4. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  5. Njalok sotongey seng eneng endok yo...

    ReplyDelete
  6. Enak temen ki...paling2 5 ekok lhi njambal...

    ReplyDelete
  7. Mak oii!!! sedapnya meratah sotong... nyum2x

    ReplyDelete
  8. bestnyeer...makan ni complete kan..tak masak sayur bagai!

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba lagi masak gini kak yatie. Tq berkongsi idea dan resepi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails