Sunday, April 14, 2013

Kari Sotong Sedap


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je kari sotong. Walau kari sotong tapi rasanya sedap sangat. Biasanya saya suka masak kering2 je kalau sotong kari ni, kali ni berkuah sikit tapi jngn sampai cair sangatlah. Resepi ni mudah je, macam masak kari biasa ..cuma saya tambahkan sedikit madu, sos tiram dan kicap...wallaweiiiiiii enak banget. Kalau ada yg berkenan tu, bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar rempah kari ikan *
  • 1 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 2 sudu besar kicap manis jalen
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
Bahan Hiris dan Tumis
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • 2 batang serai- di ketuk
Cara- Caranya
  1. Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  2.  Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Masukkan  air sedikit dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan sotong, asam gelugor, madu sos tiram, kicap dan gaul rata.
  4. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan .
**Jangan masak sotong terlalu lama takut liat.

5 comments:

  1. salam yatie, kari sotong lah akak belum pernah buat, mmg kalau sotong mesti nak masak kering2 je kan, kalau sedap why not esuk lusa akak pun nak try masak kari jugak ni..

    ReplyDelete
  2. Sotong ni masak apa pun sedap tambah2 besar2 macam tu..Ndak yang telur lg sedap..berjurai air liur mama tengok kari sotong yatie ni...ermmm...sedap sungguh...

    ReplyDelete
  3. teruja betul tengok kari sotong nih...

    ReplyDelete
  4. Salaam Yatie.... mama nak lauk sotong tu sekali dengan mangkuk mangkuknya boleh? :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnyer..nak cuber laaa.....
    TQ Yatie...dah tak tau nk masak apa utk berbuka nie...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails