Tuesday, April 23, 2013

Nagasari Cendol


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih nagasari cendol ni antara kuih kegemaran saya. Sebelum ni guna resepi mak je, kali ni guna resepi Kak Fida pula. Resepinya lebih kurang sama je, cuma yg ni tambahkan sedikit tepung hoen kwee. Kuih ni sedap, terasa lemak manisnya...lebih sedap lagi di makan sejuk. Kalau ada daun pisang tu, bolehlah buat mcm ni, kalau tak ada tu..bolehlah letak dlm acuan kecil. Terima kasih K.Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( 30 - 40 kpg )
  • 400 gm cendol - dicuci dan ditapis
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung Hoen Kwee
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai
Cara-cara
  1. Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.
  2. Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.
  3. Ambil 3 sudu besar adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.
  4. Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.
  5. Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie heee nagasari cendol sdp tu ...sheila pun dah beberapa kali buat dgn resepi kak fisa ni.....sdp kan lemak2 santan..buatnya pun sng bancuh aje dan kacau

    ReplyDelete
  2. Yati..mmg x perlu kukus ya?

    ReplyDelete
  3. Aduh mak aii..!! termengidam lah pulak... nyum2x

    ReplyDelete
  4. nampak sedap, tapi mana naganya??? hehehehe..

    ReplyDelete
  5. nampak simple ..nak cuba lah nnt...

    ReplyDelete
  6. perhh..sedapnya tengok kak..
    nak try la nnti..

    ReplyDelete
  7. Nagasaripun dah macam2 yerk.... baruler selera...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails