Monday, April 8, 2013

Kek Pelangi Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi kek pelangi kukus yg sangat sedap, lembut dan moist je. Saya mmng peminat setia kek yg di kukus sbb rasanya lembut dan lembap. Kalau makan kek yg di kukus mmng tak perasan dan berapa potong saya makan. Resepi kek ni adalah dari Chef Norzailina yg tak asing lagi tu. Kalau buat kek dari chef Norzailina ni mesti menjadi dan sedap rasanya. Terima kasih chef, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya...




Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

27 comments:

  1. Ceria dan nampak marvellous..

    ReplyDelete
  2. wah, nak try la resepi ni..suka sangat kek yang colorful ni..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok kek rainbow kukus ni... selalu cuba resepi kak yatie... memang sedap bila dibuat :D

    ReplyDelete
  4. As'salam Yatie

    bolehlah kak ct cuba nanti ni, sangat cantik warna2 pelangi pagi hari. kalau kukus memanglah lembut kan.

    ReplyDelete
  5. Nampak sungguh moist. Lawa nyaaaa

    ReplyDelete
  6. ayunya kek pelanginya kak..merling2 mewah warna..

    ReplyDelete
  7. Salam .....Yatie awak ni masak apa pon semua nampak sedap.....

    ReplyDelete
  8. Assalam kak yatie,aduhh nmpk moist n cantik sungguh kejadian kek kukus hasil air tgn kak yatie nih..Nih mmg betul2 rainbow nih sbb de 7kale..rajin kak yatie bermain ngan warna..ceria jerk..

    ReplyDelete
  9. Assalam kak yatie...
    cantikk kek tu...nmpk moist sangat..terliur tengok

    ReplyDelete
  10. Salam yatie... cantiknya kek...

    ReplyDelete
  11. Salam Yatie... harap harap mood buat kek tu akan bertiup ke saya.. sebab saya sangat tertarik dengan warnanya

    ReplyDelete
  12. Asslmkm Kak.
    Tengok juga kek ni kat wall Chef Norzailina.. terus terguda. Ni tengok akak punya lak..Haishh!! Tak boleh jadi ni..

    ReplyDelete
  13. Looking very delicious,I wanna to make it

    ReplyDelete
  14. Kak just kacau dgn senduk ja ke lps msk ssu n serikaya n tpung?

    ReplyDelete
  15. Klu tak pakai susu pekat blh tak tgk msk kan gula,susu pekat dan kaya kek ini mesti manis betul tak

    ReplyDelete
  16. Cantik kek pelangi, rasanye mesti sedap. Sekadar tulis je ke? Tak ambil order ke??

    ReplyDelete
  17. Salam....saya dah try buat kek ni mengikut resepi yg diberi...mmg sedap dan menjadi...terima kasih..minta halal ilmu yg diberi

    ReplyDelete
  18. terimakaseh kongsi resepi,,
    alhamdulilah jd,,,lembut...mula igt tak jd...cm xnaik je mcm kek lain...upenya bla potong...fuh...gebus...terimakaseh,,,resepi akak..ikut sktn dan step mmg jd...may Allah bless you..

    ReplyDelete
  19. Tumpang tanya...seri kaya tu kaya ke

    ReplyDelete
  20. Saya pun nak cuba... Terima kasih ats perkongsian resepi ini...

    ReplyDelete
  21. SALAM..kak,mohon copy ye..cantik sangat kek ni..

    ReplyDelete
  22. SALAM..kak,mohon copy ye..cantik sangat kek ni..

    ReplyDelete
  23. Salam,Kak yati anis dh resepi Kak yatie tp anis x kukus anis bakar tp sedap akak thanks for sharing my hb love it n raya ni pn dh jd satu kemestian.thanks akak...

    ReplyDelete
  24. waaa.cantik sgt kek ini.
    nak cuba.
    untuk info kesihatan bole ker blog sy juga
    http://www.chekuseeha.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails