Friday, November 9, 2012

Apam Beras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apam Salju, Apam Beras, Apam Nasi ataupun Apam Tukaz....namanya berlainan tapi kuih dan rasanya tetap sama. Ianya lembut dan enak di makan begitu saja. Sebelum ni pernah buat diSINI dan diSINI, dah banyak kali buat apam ni....mmng tak pernah jemu. Terima kasih pada tuan punya resepi asal. Pada yg belum pernah mencuba, bolehlah mencubanya.



Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

13 comments:

  1. assalamualaikum..

    kak.. seriuss ayu xpernah bt apam.
    baca resepi mudah.. hehhehe. nak try harap2 pengukus moodnya moleklah..

    thanks kak

    ReplyDelete
  2. menarik..nnt saya nak cubalah..tq berkongsi ye

    ReplyDelete
  3. aah la kak yatie, mmg tak jemu makan apam ni...

    ReplyDelete
  4. Assalam Yatie..cantik sungguh kejadian apam tu, gebu je akak tgk ;)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan Yati...
    Wah, sedapnya apam beras tu. Cantik pula warnanya.
    Menarik sangat.

    ReplyDelete
  6. salam Yatie
    apam ni tak pernah jemu dimakan kan buat lah bila2 masa saja pun pasti habissss

    ReplyDelete
  7. nak amik resepi ni.. senang je wat nampaknye.. nak test kot2 rajin.. :) mashihhhh..

    ReplyDelete
  8. Saya pernah buat tp x pakai yis..pakai eno limau...mnjadi.n saya pakai tapai nasi + air kelapa muda .

    ReplyDelete
  9. kalau perap smp 5 jam jd ape?

    ReplyDelete
  10. singgah copi resepi ya tq wpon belum kenali tuan blog.. buat ke tak tak tau lagi tp berkenan sgt.tkasih skali lgi..

    ReplyDelete
  11. Skrg tgh perap kol6 br bole kukus ni.... thx ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails