Tuesday, November 20, 2012

Rainbow Cake Untuk Seri Irdina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada kaum keluarga, pengunjung2 setia blog Sinar Kehidupanku, rakan2 di FB juga rakan2 di alam nyata kerana ucapan tahniah yg tak putus2 sempena kejayaan anak saya Seri Irdina dlm UPSR 2012. Syukur Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Moga kejayaan setiasa mengiringi kami sekeluarga di masa2 akan datang. Tahniah juga pada anak2 yg berjaya di luar sana. Sesungguhnya kejayaan ini takkan di capai tanpa usaha yg gigih dari anak2, keperihatinan dari ibu bapa dan guru juga di iringi dngn doa dan tawakkal.

Sebenarnya kek ni saya buat malam semalam. Dalam menanti penuh debar, saya bersungguh2 menyiapkan kek utk Dina. Sebenarnya sejak ulangtahun kelahirannya lagi pada 25.8.2012, nak buat kek ni, tapi tak sempat sbb masa tu kami bercuti ke Kedah. Balik dari Kedah masih beraya sana sini, makinlah malas nak buat. Sampailah Dina nak ambil UPSR pada 11,12 dan 13 sept. Masa tu hati lagilah..tak boleh di ganggu, nak buat apa serba tak kena. Hanya mampu pantau Dina belajar dan sentiasa berdoa utk kesejahteraannya masa menghadapi exam. Dalam hati sentiasa berbisik utk buatkan kek permintaannya juga.

Bila cuti persekolahan bermula, sekali lagi anak2 bersuara utk makan kek yg mamaNya buat. Waduhhhh..sekali lagi kena fikir balik pasal kek. Saya ni bukannya takmo buat, cuma tangan ni tak berseni utk deco2 kek, tu yg tak terbuat2 tu...dah tu kek pelangi yg dimintanya. Sehinggalah malam semalam, saya tiba2 bersemangat utk menyiapkan sebiji kek permintaan anak2. Kek yg diminta adalah RAINBOW CAKE. Sana sini mama cari resepi yg mudah dan cuba sedaya upaya deco yg simple mimple je.  Last sekali siap tulis 5A dngn confident lagi. Dalam hati berbisik, mudah2an anak saya Seri Irdina berjaya dlm UPSR.

Bila pagi semalam, hati berdebar balik nak tunggu keputusan. Bila tngk kek pelangi ni kat petiais, jadi semangat dan yakinlah pulak. Saya pun melangkah pergi kesekolah dngn hati yg tenang dan terima segala ketentuannya. Syukur Alhamdulillah, apa yg dihajatkan dimakbulkan Allah SWT. Syukur padamu Ya Allah.

Begitulah kisah terhasilnya Rainbow Cake yg tak seberapa ni tapi cukup menghiburkan kami sekeluarga. Bila dah potong kek ni.....WOW...itulah perkataan pertama dari anak2 sbb ceria seindah pelangi kek ni. Ungkapan terima kasih pada mamaNya berulang2 kali tanda kegembiraan dan penuh kesyukuran.

Jomlah semak resepi mudah tetapi mengambil masa yg lama sikit utk penyediaannya. Maklumlah, kena bakar 3 kali guna 2 loyang yg sama. Dah sejuk keknya, barulah deco2 kek bersama anak2. Bila dah siap dan di rasa....alangkan nikmat dan sedapnya. Kalau nak rasa tu, kenalah cuba..

Saya guna resepi di blog Juwita, dan menurut Ita resepi ni diambil dari blog Azlita dan menurut resepi asal di perolehi dari Whisk Kid. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng sedap kek ni.





Bahan-bahan 
  • 3 cwn tepung gandum 
  • 4 sdk baking powder 
  • 1/2 sdk garam 
  • 1 cwn butter ~ suhu bilik 
  • 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4 
  • 5 biji putih telor ~ suhu bilik 
  • 2 sdk esen vanila 1 
  • 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik 
  • pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau 
Cara-cara 
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
  2. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Masukkan esen vanila 
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar 
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. 
  9. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  10. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar 
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata 
  12. Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 
  13. Bila dah masak letak atas redai
  14. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan 
  15. Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan 
  16. *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. 
Untuk Cream Cheese Frosting 
Bahan 
  • 250 g cream cheese 
  • 120 g gula 
  • 120 g butter 
Cara-cara 
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. 
  2. Sedia untuk digunakan. 
  3. Untuk melapis. 
  4. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. 
  5. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. 
  6. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. 
  7. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. 
  8. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. 
  9. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

21 comments:

  1. Wah sedapnya kak....cantik betul belang2 kek tu

    ReplyDelete
  2. assalam Yatie..tahniah sekali lagi..cantiknya kek

    ReplyDelete
  3. Tahniah tuk akak semily..juga buat seri irdina...dia atas kejayaannya dlm UPSR...usaha yg membuahkan hasil yg berbaloi....cntik kek kak yatie tue....cntik jer lapisannya..:))

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    bahagia rasanya bila baca N3 ni,
    yang meriahnya adik Dina disambut kek yg colouring dan cantik..

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat Seri Irdina, ayah & bondanya... moga terus cemerlang.
    Hasil air tangan ibu memang sentiasa yang terbaik di hati anak-anak tau Yatie...

    ReplyDelete
  6. nanti nak kena cuba ni, hehe..
    tahniah irdina, moga ditempatkan di sekolah
    yang terbaik buat kamu :)

    ReplyDelete
  7. Kak yatie.... Tahniah utk Seri Irdina dan juga keluarga akak.... Cantik kek tu .air tangan ibu lebih berkat...

    ReplyDelete
  8. Tahniah Dina...jua tahniah buat Yati & famili.
    cantik lapisan kek rainbow itu....terang ceria warnanya..

    ReplyDelete
  9. Tahniah ibu & anaknya. Anak sy Afiqah pun berjaya dpt 5A jg. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. as-salam
    wow!!cantik betul kek rainbow kak yatie ni..tahniah buat Seri Irdina ....

    ReplyDelete
  11. memang cantik sangat kek ni...
    tahniah buat seri & yatie dengan kejayaan cemerlang seri dlm upsr..

    ReplyDelete
  12. tahniah dan alhamdulillah dapat 5A...kek tu mmg wowww pun hehe

    ReplyDelete
  13. Memang cantik sungguh rainbow kek tu.. kena rajin sungguh utk membuat kek ini.. :P

    Tahniah Irdina... usaha tangga kejayaan kan :D

    ReplyDelete
  14. Tahniah untuk seri..
    Rainbow cake tu melambangkan keceriaan di hati mamanya...Cantik kak rainbow cake tu.

    ReplyDelete
  15. cantiknya kekk k.yatie..dah cukup lawa sangat2 dahtu..happy utk akak sekeluarga atas kejayaan Dina:)

    ReplyDelete
  16. menariknya warna rainbow cake ni...ngam-ngam je..tak gelap dan tak pucat... cantik sangat...

    ReplyDelete
  17. salam Yatie

    Tahniah atas kejayaan Irdina
    Tumpang happy dengan kejayaan anak rakan-rakan..
    ^_^

    ReplyDelete
  18. Cantiknya kek rainbow akak ni... Tahniah sekali lagi di atas kejayaan cemerlang Seri Irdina... Moga dia akan meneruskan kecemerlangannya pada tahun2 yg akan datang..

    ReplyDelete
  19. tahniahhhhh.... lebih semangat lagi ni tengok rainbow cantik lagi sedap. besday sama anak bongsulah si Arif.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails