Friday, November 16, 2012

Ayam Tandoori Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ayam tandoori goreng dan makan dngn nasi lemak je. Kalau dah masak nasi lemak, takyah masak tengahari lagi....makan tengahari merangkumi malam sekali...tapi kenalah dngn ayam goreng. Kalau tak, cian anak2 makan dngn sambal tumis dan telur rebus je. Alang2 nak goreng ayam, saya pun carilah resepi ayam goreng yg special sikit. Cari punya cari, jumpalah resepi yg mudah dan sememangnya sedap. Terima kasih Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya...


AYAM TANDOORI GORENG

Bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 s/b cili mesin
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam
Cara
  1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
  2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
SAMBAL MERAH

Bahan

  • 200 gm cili kering ]
  • 200 gm bawang merah ] mesin
  • 3 ulas bawang putih ]
  • 2 labu bawang besar [mayang]
  • 1/2 cawan tomato sos
  • 1 cawan cili sos
  • minyak
  • garam
  • gula
Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
  2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
  3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

4 comments:

  1. Salam. Tkasih idea ni.x pernah cuba lagi tandoori maggie. Nak beli petang ni.malam blh mssak.akak selalu terjah blog u ni. Menarik.

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie

    nampak sangat menarik menu ni, nanti boleh lah try =)

    ReplyDelete
  3. Salam..Singgah sini..mintak ayam seketoiiiiiii

    ReplyDelete
  4. gambar tu boleh buat air liur menitik. ah, x senonoh saye.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails