Thursday, November 1, 2012

Ayam Bakar Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya Ayam Bakar Berempah ni menu semalam. Kalau nak masak hari ni mmng tak sempatlah. Lagipun hari ni busy sangat, so masak yg ringkas2 je. Resepi ni mudah dan semestinya sedap. Lebih sedap lagi bila di makan mcm tu je, makan masa panas2...perghhhh mmng mabeleslahhhhh. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Ayam bakar ni saya makan bersama coleslow dan sos lada hitam yg dah siap je. Kalau rajin dan banyak masa tu, bolehlah cuba resepi sos lada hitam buatan sendiri..tentu lagi sedapkan. Jomlah semak resepinya. Pada yg berkenan tu, bolehlah mencubanya.



 AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan
  • 1/2 ekor ayam 
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 ulas bawang putih ] kisar halus
  • 2 inci halia ]
  • garam secukup rasa
Cara Membuat
  1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
  4. Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.
  5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.
Tips
  • Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].
  • Yatie bakar selama 1 jam dlm oven.
COLESLOW

Bahan [racik halus]
  • 1/2 biji kecil kobis manis
  • 1 batang carrot kecil
Sos [gaul rata]
  • 1 cawan mayonis
  • 2 s/b cooled water
  • 1 s/k lada hitam
  • 1 s/b jus limau kasturi or lemon
Cara 
  1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan dengan ayam.  
 SOS LADA HITAM

Bahan

  • 1 bawang besar [didadu]
  • 4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
  • 1 sudu besar tepung gandum ~ bancuh ngan 1/2 cawan sikit
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar butter untuk tumis
  • garam dan sedikit gula
Cara  
  1. Panaskan butter dan tumis bawang sampai layu.
  2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
  3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
  4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki.
  5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Rasakan garam n gula secukupnya.

11 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Yatie.. Ani datang ni cak ! waaah ada ayam bakar.. langkah kanan ni.. yummiehh terkecur buat lapar je.. dah hujan kat Seremban ni Kak.. ;)

    ReplyDelete
  2. As salam K.YAtie,
    mudahnya resepi...mesti cuba nie nnti....:)

    ReplyDelete
  3. wahh kak yatie...ngancam le ayam bakar mu itu!!

    ReplyDelete
  4. Uishhh Yatie .. Ayam tu seksi!! Hehe.

    ReplyDelete
  5. menu diet ni kak...akak diet yerr???..hheeehe
    syok arr dapat njambal ayam cam ni je..nasi tolak tepi dulu kan...

    ReplyDelete
  6. diet ker kak..hehe...Qh suka jugak masakan jenis bakar ni...sedap nmpknya ayam tu...nk amik resepi yer kak...tq

    ReplyDelete
  7. wahhh kak yati ..sedapnie..akk x yah diet2 dan slim tau:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Yatie.. Sedapnya ayam bakar akak ni. Actually kan kak semalam bila tengok entri akak ni, Nur terus rasa teringin nak buat grill chicken tu.. Tapi Nur tambah2 ramuan2 lain macam serai dan madu. Memang sedap makan ratah2 macam tu je..

    Bila balik sek lewat petang, memang selalu kena redah hujan. Tq kak sebab sudi tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  9. Salam Ziarah....

    sedapnya Ayam Bakar Berempah tu. anak2 akak kalau akak buat ayam macam ni, mesti nak kalau cicah dengan sos cheese, sb anak2 akak suka cheese.... jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tu

    ReplyDelete
  10. Ptng ni huby nk mkn aysm bakar......dh skodeng resepi ni......nk try , tentu sdp...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails