Friday, November 30, 2012

Blueberry Crepes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni buat Blueberry Crepes pulak. Kalau yg tak berapa gemar makan durian tu, bolehlah tukar pada filling yg lain ya, ikut selera masing2. Blueberry Crepes ni mmng sedap dimakan sejuk. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Saya suka guna resepi ni sbb mudah, crepesnya nipis dan senang dilipat dan tak koyak. Terpulanglah pada kawan2 semua ya, yg penting isinya tuuuuu.




Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
  • 4 sudu besar rata tepung kastard
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 sudu besar rata tepung ubi
  • 3 biji telur-di kocok2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna purple- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
  • 1 cawan non dairy whip cream
  • Blueberry filling secukupnya
Caranya.
 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  •  Blueberry filling- secukupnya~ s
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

21 comments:

  1. As salam Yatie, saya suka cempedak. Dulu kalau ke Mid Valley, mesti beli durian dan cempedak

    ReplyDelete
  2. Asslmkum Kak.
    Fuhhh!!!..Tak tahan nih. Crepe saja . Nakkkkk.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. Cik yati, crepe ni boleh pelbagaikan ke resepi dia? Sye nak ganti dgn buah lain tpi pakai adunn same boleh ke?

    ReplyDelete
  4. sudah tentu boleh, ikut selera masing2 ya..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak yatie..wah crepe lagi yer kak,sy pon aritu mmg kerap ler duk wat n mkn,skng nih dah jemu,wat utk org order jerk lah,hehehe..aritu punye mkn xkira pagi ke mlm ke,heheh..

    ReplyDelete
  6. marbeles Yatie blueberry crepe ni kak Noor dah buat, sbb ada yg tak suka durian so kena pelbagaikan dgn blueberry dan jagung nak try jugak lah resepi ni Yatie hee

    ReplyDelete
  7. as-salam
    Wow!! That is gorgeous!!

    ReplyDelete
  8. asslamualaikum menarik ...suka siku bebagai rasa crepe...insyaallah nak juga cuba blueberry...cantik warna luar dan dlm

    ReplyDelete
  9. salam kak Yatie. ..pasti marvelous. .hidangan yg kreatif .

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie

    bertuah hari ini bukak blog Yatie terus laju lodding, kalau tidak nak tunggu jenuh tenet slow. kak ct berminat nak cuba sebab inti blueberry, kalau derian ni payah sikit nak masuk. nanti kak ct nak cuba, tq Yatie.

    ReplyDelete
  11. tak puas lagi kan kak..kita pun tgh nguyah2 durian crepe ni...

    ReplyDelete
  12. Salam kak yatie, fuhh buat blueberry crepe pula, sedappp...

    ReplyDelete
  13. As salam....musim crepes ..saya pun suka sangat. Skg dah ada blueberry pulak mesti best .

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum kak Yatie..

    Wahhh..mmg terkesima jap tgk inti blueberry tu + dgn fc...

    ReplyDelete
  15. baru berangan nak buat filling blueberry..hehe.sekali akak dah tayang dulu.lepas ni bleh cubala..:)

    ReplyDelete
  16. kak yatie..warnaya sungguh cantik.rasanya pasti aumm..suka blueberry

    ReplyDelete
  17. wahhh blueberry plak.. hmm tntu yummieh juga ni..

    ReplyDelete
  18. kak, mana nak dapat bluberry filling ek??

    ReplyDelete
  19. kak yati...kayrul dah try guna resepi kak yati nie..memang menjadi la..sebijik macam beli kat midvalley...berbaloi2 la

    buat satu adunan boleh dapat sampai 20biji...memang makan kenyang la..terima kasih ye kak utk resepi yg the best nie

    ReplyDelete
  20. datang sini jenguk resepi.. sedapnyaa... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails