Saturday, November 17, 2012

Kuih Keria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Petang2 ni layan kuih keria yg di buat sendiri....waduhhhh sedap betullah. Kali ni buat banyak, maklumlah cuti sekolah, musim hujan lagi....lagilah sedap makan sambil tngk tv. Kuih keria ni sedap betullah. Kalau beli tu asyik terkena yg keras dan liat je. Kalau nasib baik, dapatlah yg lembut dan sedap sbb rasa keledeknya. Kalau nasib tak baik....faham2 jelah ya.
Biasanya saya guna resepi spt diSINI, ianya mmng menepati citarasa kami sekeluarga. Pada peminat kuih keria tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-Bahan
  • 500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba.

9 comments:

  1. OOOO...mmg kena matikan api la ye bile nk masukkan kueh dalm gule tu....?? sebab penah gak saye wat..myb xmatikan api mase msukkan kueh ngn gula ..terus gula tu xjadi...gula jadi caremel je..hak3

    ReplyDelete
  2. salam yatie..

    kuih keria ni merupakan kuih fav ita..
    kalau beli memang selalu sangat liat

    hujan-hujan kalau dapat makan kuih keria ni.. aduyaii.. sedap betul..
    mesti berkeping-keping ita makan..

    nanti ita nak cuba resepi yatie ni.. mesti sedap ni..
    nak kena cari keledek dulu..

    ReplyDelete
  3. Alahai Yatie... macam mengidam pulak nak makan kuih keria! sedapnyalah makan time sejuk2 gini...lagilah kalau ada seteko kopi panas, makan keria berkeping2, minum kopi bercawan2... tak ingat lain dah...

    ReplyDelete
  4. As'salamualaikum kak Yatie..

    Sedapp nyer kuih keria. FAv Nina nie....
    Tapi selalunya Nina dok beli jerr tak pernah cuba buat lagi. Wish one day Nina boleh buat sendiri :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yatie cayang...salam rindu....apa khabar? Moga terus rajin update...akak tengok dr jauh je ek, cuti pjg rasanya... :) muaahhh!

    ReplyDelete
  6. sedapnya!!
    www.the-simpleme.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. assalam.. tq share resipi nanti nak try la

    ReplyDelete
  8. nak cuba buat la gune resepi ni..simple je..harap² menjadi..hihi

    jemput ke blog saya..
    http://norzuryati.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails