Tuesday, March 20, 2012

Carrot Apple Cupcake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali dngn menu Carrot Apple Cupcake. Sebelum ni buat versi kek, mmng sedap sangat dan kami sekeluarga mmng peminat setia carrot cake. Kali ni saje je buat versi cupcake supaya mudah nak memakannya. Anak2 paling suka bila buat versi cupcake ni sbb comel dan mudah nak mengambilnya sendiri..tak payah tunggu mamaNya potongkan, ambil kat petiais sendiri dan bolehlah menikmatinya. Resepi asal dari Naz Rinn Chan, terima kasih Rinn. Kawan2 boleh juga lihat versi Carrot Apple Cake yg saya buat sebelum ni. Jom kita semak resepinya. Kali ni saya buat 1/2 adunan dari resepi di bawah sbb nak buat cupcake. Kalau buat satu adunan takut dapat banyak sangat cupcake ni..terpulang pada kawan2 ya.




Bahan- Bahan
  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam halus
  • 3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
  • 3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
  • 4 biji telur
  • 1 cwn minyak jagung/masak
  • 100gm mentega, dicairkan
  • 200gm lobak merah, diparut
  • 150gm apple hijau, diparut
  • 30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak
Cara Membuat Kek
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain.
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
**Kalau buat versi cupcake, bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit api atas bawah atau sehingga masak.

CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese
  • 4 sudu besar butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon
*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2. Dah siap masukkan dlm petiais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

13 comments:

  1. YA AMPUN...........
    cantiknya, ayu seakan dapat rasa cupcake nie di tekak ayu...walau ayu tak pernah makan lagi...

    wahhhhhhh
    nak 2 biji....

    ReplyDelete
  2. Wah!! sedapnya...bila nak belajar buat kek jugak nie hihihi jeles tengok orang pandai buat kek..

    ReplyDelete
  3. Alamak! Kena beli telur la ni. Mmg dah teringat2 nak buat carrot cake pun. Hari ni akak post pulak carrot apple cupcake. Mmg kena betul la ni. Copy resepi dl.
    Ambik 2 ketul ya kak. . Heheheeeee

    ReplyDelete
  4. asslm kak Yati...comeiii cc tu...mnarik sggh...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Yatie.. wahh wahh sedap nya dan cantik kejadian nya cupcake tu..nak cikitt ada lagi ke dah bis? ;)

    ReplyDelete
  6. wow!... nmpk sedap sgt2 cupcake tu.. leh cuba nnti.. :)

    ReplyDelete
  7. as-salam kak Yatie
    These look wonderful! I haven't made carrot muffins in ages.. look delicious!

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie...cantik bangat!!!!X pernah try lg carrot CC..:))

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yatie Cayang

    Bila tgk Cupcake ni dah rasa nak ngap jer...mesti sedap ni...Kak Lin nak rasa yg kat atas jer tu boleh tak? hehehe

    Salam rindu dari Kak Lin...

    ReplyDelete
  10. Assalam kak Yatie, sedapnya tgk CC ni kak...kena ngan topping tu yg best tu..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails