Tuesday, July 15, 2014

Biskut Bangkit Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ramai antara kwn2 yg telah mula buat biskut raya. Bagi saya pula teruja nak buat, tapi kesihatan tidak mengizinkan. Dah 2 hari demam dan batuk. Bila keluarkan butter asyik masukkan balik je dlm petiais. Ini di sebabkan ngantuk yg amat sngt bila mkn ubat batuk tu. Kebetulan hari minggu lepas Seri balik bercuti, jadi mama adunkan doh biskut, Seri tlng siapkan biskut ni. Alhamdulillah, bila ank dah besar ni bolehlah membantu buat kerja2 kita.

Bangkit Cheese ni mmng sedap sngt. Tak sangka rasanya yg crunchy mcm ada kekacang plk dlm biskut tu. Kalau tau sedap mcm ni, dari thn lepas lagi saya dah buat. Kali ni terus buat 2 adunan sekali....mmng berbaloi sbb mmng sedap sngt. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Saya kopipes dari AlongRoz yg mmng rajin mencuba resepi2 terbaru. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg nak merasa keenakkan bangkit cheese ni, bolehlah cuba....mmng sedap..Jom tngk resepi.




Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:
 
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan2 kering.
4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit.


8 comments:

  1. Sy baru je rasa Bangkit Cheese ni, adik bagi. Subhanallah, memang sedap.. Dah jumpa resepi di sini, boleh la cuba buat nanti.. :D

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie..

    saya dah try buat biskut ni..memang sedap dan ranggup..

    ReplyDelete
  3. Nak terai la Kak. Cheddar ada dlm peti ais :-)

    ReplyDelete
  4. Sedap ke?nak but untuk HARI RAYA ni

    ReplyDelete
  5. Sedap ke? Nak bust untuk RAYA ni....x pernah try

    ReplyDelete
  6. nak cubalah Yatie nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails