Monday, November 12, 2012

Lempeng Pisang Kelapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni mmng hujan je kan. Bila musim hujan tu dlm kepala ni dok fikir nak makan jemput2 dan lempeng je. Tak taulah nape berfikiran mcm tu. Agaknya teringat2 kenangan masa kecik2 dululah, time hujan je mesti mak sediakan jemput2 atau lempeng. Lebih sedap lagi kalau ada ubi rebus atau ubi goreng...perghhhh mmng best betullah.Masa tu tak kisahlah mak sediakan menu apa, janji perut terisi kenyang dan hasil sentuhan air tangan mak...mmng sedap.

Ok, petang tadi saya buat lempeng pisang kelapa. Alahaiiiii menu simple je, takkan nak kongsi gak resepi mcm ni kan. Tak kisahlah..walau senang anak dara saya tetap nak tau gak sukatan utk buat lempeng pisang kelapa ni. Manalah tau dok jauh dari maknya nanti, menu simple pun jadi susah sbb tak tau nak buat...tul tak. Pada yg dah tau resepinya tu, dok diam2 je ya....pada yg nak tau dan nak mencuba tu...bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni....he3...



Bahan-Bahan
  • 4 biji pisang montel
  • 1/4 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air
  • sedikit minyak
Cara- Caranya
  1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air.Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  4. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
  5. Biarkan sedikit pucat, dan bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
  6. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.

3 comments:

  1. Memang sedap makan lempeng panas2.. Lama tak buat lempeng kelapa..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh mama suuuuuker kuih ni. Dulu, arwah nenek selalu buat. Ish, nak kena gi cari pisang ler pulak ha....

    ReplyDelete
  3. fvret saya..nyumm2 hehe..hai sis boleh follow saya balik..TQ..
    http://shaheina.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails